Alahai MPKB

Assalamualaikum,

Sekiranya saya mempunyai urusan rasmi yang perlu di selesaikan di kota bharu, maka saya akan memandu kereta ke sana. Walaupun berat rasanya untuk menyempurnakan kewajipan itu namun saya relakan juga. Pasti anda tertanya-tanya, Apakah cerita di sebaliknya? Ikuti kisah ngeri Ayah Su yang telah di 'pau' oleh MPKB-BRI tempoh hari.

Pada hari yang biasanya cerah dan menceriakan, Ayah su dan Mak su seperti biasa menjalankan tugas mereka. Berurusan dengan bank dan jabatan kerajaan adalah rutin harian mereka. Perjalanan ke pusat bandar agak sibuk di waktu puncak. Namun di redahi juga demi tanggungjawab yang perlu di lunaskan.

http://115.133.144.162/mpkb/images/logo1.jpg

Segenggam duit syiling perlu di sediakan kerana sistem letak kereta di kota bharu adalah menggunakan mesin yang menggunakan syiling. Itu pun belum tentu mencukupi kerana biasanya mereka akan berurusan dengan 4-5 tempat yang belum tahu jumlah masa yang di perlukan untuk menyelesaikan urusan terbabit. Tambahan pula jika mereka berurusan dengan bank, biasanya saya memerlukan masa lebih dari 1 jam. Jadi, bayaran yang di kenakan untuk meletak kereta di dalam lingkungan RM 1.00. Tapi, kadangkala tidak sampai pun 1 jam jadi wang s terbazir begitu saja di dalam mesin letak kereta. Jika di hitung kembali, Jumlah syiling yang perlu mereka bawa setiap kali berurusan di kota bharu adalah lebih kurang RM 4.00, jika mereka berurusan dengan 4 tempat di mana setiap 1 adalah berjauhan. Dapatkah anda bayangkan jika duit syiling 20sen sebanyak RM 4.00 berada di dalam kocek anda?? Umpama kucing dengan loceng dilehernya.

Mereka masih berada di bank sambil melihat no giliran yang sudah hampir di panggil di belakangnya masih ada 50 orang menunggu. Jam sudah menghampiri pukul 11.00 pagi. Rupanya sudah 1 jam lebih mereka menanti gilirannya di panggil. Ayah Su mula teringatkan tempoh mesin letak keretanya sudah tamat beberapa minit yang lalu. Ayah Su bergegas keluar dari bank dan meninggalkan mak su sendirian yang menyelesaikan urusan bank tersebut. kereta di letakkan agak jauh dari bank. Untuk pengetahuan semua, di Kota Bharu adalah bandaraya yang susah untuk dapat parking. kalau ada pun sebab jarak dari bangunan dengan jalan adalah tidak sampai 15 kaki. Jadi kereta hanya boleh di letakkan di kawasan tertentu sahaja. Pada masa itu, Ayah Su meletakkan keretanya di seberang jalan berhadapan dengan kedai karpet di Jalan Yahya Petra. Setibanya Ayah Su di sana, di lihatnya mesin letak keretanya sedang berkelip menandakan ia sedang kelaparan duit syiling. Ayah Su menyuapkan 40sen ke dalam mesin tersebut menandakan masa yang di benarkan meletak kereta di situ adalah 30 minit.

Ayah Su kembali ke bank untuk menemani Mak Su, di lihat Mak Su sudah selesai berurusan. Mereka seiringan ke tempat letak kereta. Setibanya di kereta terpampang masa di mesin letak kerata 23 minit. Ayah Su hanya tersenyum. "Sedekah lah pada MPKB" Katanya.

Setelah selesai urusan bank. Mereka meneruskan perjalanan ke lokasi seterusnya iaitu Pasaraya Billion, Jalan Sultan Yahya Petra yang tidak begitu jauh dari lokasi sebelumnya. Bukanlah tujuannya untuk membeli belah, tapi menyelesaikan urusan dengan SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) yang berada di dalam bangunan Billion. Sewaktu melalui hadapan bangunan billion, kelihatan tempat meletak kereta penuh. Ayah Su terus memacu keretanya dan kebetulan ada kekosongan di hadapan Hotel Renaissance. Walaupun di situ bukanlah tempat letak kereta yang di benarkan, Ayah Su letak juga kerana di sangkanya urusannya tidak lama.

Setelah selesai urusan mereka di SSM yang hanya mengambil masa 15 minit, mereka berjalan menuju kereta. Alangkah terkejutnya mereka apabila di lihat kereta mereka telah di "clamp". Perasaan kesal mula menyelubungi wajah ayah su. Mak Su dah mula "kaf" "alif" "LUT". Di lihatnya saman yang di sepit di "wiper". Di lihat kompaun di atas kesalahan mereka adalah RM300.00. RM 300.00 untuk masa 15 minit. Memang tak masuk akal. Mana nak cari duit, suku bulan kerja belum tentu dapat sebanyak itu. Tanya pemandu di sebelah keretanya, katanya jika merayu dapat separuh, wah senangnya dapat duit.

Jadi, mereka pun menelefon nombor yang tertera pada saman terbabit untuk membayar kompaun tersebut. Katanya, Jika bayar di situ tak boleh diskaun. Tapi, kalau bayar di pejabat boleh dapat diskaun. Aik, main tawar menawar pulak dia ni. Terfikirlah pulak, kalau bayar di pejabat maksud terpaksa menapak ke Jalan Hospital yang jauhnya lebih kurang 7km dari situ. Memang kerja gila betul lah. Hanya 15 minit punya pasal, sudah jadi kerja 2 jam. Ayah Su pun minta budi bicara dengan pegawai MPKB terbabit. Namun, jawapan yang agak tidak menyenangkan di perolehi oleh mereka. Mujurlah Mak Su teringatkan jiran mereka yang bekerja sebagai seorang pegawai di MPKB. Maka, diskaun pun di perolehi dari RM 300.00 menjadi RM 70.00. Setelah mendapat pengesahan dari jiran mereka maka Ayah Su menyerahkan telefon kepada pegawai yang mengunci kereta mereka. Maka, terselamatlah RM 300.00 yang sepatutnya di bayar kepada Encik MPKB tersebut.

http://pinkturtle2.files.wordpress.com/2009/01/keria-bodoh-mpkbbri.jpg

Moral ceritanya begini:

Kalau ada rezeki lebih, lebih baik sedekah kat orang miskin daripada sedekah kat MPKB macam Ayah Su tadi...

Nak datang ke Bandar Kota Bharu dengan kereta, korang kena bawa syiling “banyak”, Jika tidak padah banyak akan menimpa. Jangan parking merata-rata, walaupun seminit sebab MPKB memang dok ushar korang.

Akhir sekali “Kelantan atau Kota Bharu bukan tempat untuk orang susah bernaung”.

Banyak pengajaran untuk ku dan rakyat Kelantan serta pelancong (berkereta) yang mungkin terdiri daripada Perantau Kelantan atau orang luar Kelantan. Fikir-fikirlah…daripada cerita benar ku ini.



Salam Takzim,

powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme