Pelakon Britain dakwa bapa anak Jackson

http://i.thisislondon.co.uk/i/pix/2009/03/lester-500x452.jpg


LONDON: Bekas pelakon kanak-kanak di Britain, Mark Lester, memberitahu akhbar bahawa dia menderma sperma kepada Raja Pop, Michael Jackson dan mungkin bapa kepada Paris, anak penyanyi itu.


Lester yang memegang watak Oliver Twist dalam muzikal ‘Oliver!’ pada 1968, memberitahu akhbar News of the World:

“Saya memberi sperma kepada Michael supaya dia boleh menjadi bapa dan saya percaya Paris adalah anak saya.”

Katanya, Jackson memberitahunya pada 1996 mengenai keinginannya menjadi bapa.


Lester, 51, juga bersedia menjalani ujian bagi mengesahkan beliau bapa Paris, 11. Beliau yang mempunyai empat anak, juga berkata wujud persamaan rupa antara anaknya, Harriet dengan Paris. - AFP/Agensi



Salam Tulus Ikhlas,

powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme