Khamis, Februari 18, 2010
ery
, Posted in
Lawak
,
0 Comments
Kesian Apan
Pagi tadi di opis, dalam pukul 9, sedang gua kaver line klik fesbuk sikit
sikit, Apan mundar mandir belakang gua dengan muka kusut masai.
Dari tadi gua tengok Apan hilang punca di sekitar sektor operasi. Muka
macam ada masalah.
"Lu kenapa ni Apan?" - Gua tanya demi meminta kepastian. Gua dengan Apan ni
kira ngam juga la. Budak Kedah, umur muda sikit dari gua dan tak berapa
hensem. Kalau tatap muka dia lama lama boleh naik menyampah juga.Dia baru
setahun kerja dengan kompeni gua. Sebelum masuk sini, Apan banyak hendel
bisnes sendiri dan selalu rugi.
"Mak gua hilang la.." - Apan berbisik perlahan.
Gua punyala terperanjat!
"Mak lu hilang?, bila hilang?" - dada gua tiba tiba mengepam keluar masuk
laju laju. Berdebar tak payah cakap la, kencang macam kuda.
"Petang semalam..dah cari merata tak jumpa".
Apan berlalu meninggalkan gua menuju ke bahagian budak budak human
resource. Gua tak tahu apa benda yang dia sedang fikir dalam kepala. Gua
nak tanya lebih lebih risau kena pukul pula.Apa yang gua tahu sikit sikit,
mak dia memang duduk rumah tak kerja, ayah dia kerja penolong kanan lagi
dua tiga tahun nak pencen.
****
Kira kira lima belas minit kemudian, dari jauh gua nampak Apan berjalan
semula masuk ke sektor operasi. Kali ni muka dia tak kusut macam tadi dah,
sebaliknya ceria macam muka Lan kumpulan the typewriter.
"Mak gua dah jumpa.." - kelegaan jelas terpampang di bibir Apan.
Gua cepat cepat bersyukur:
"Alhamdulillah...Jumpa kat mana?",
Dan dengan penuh keceriaan, jujur, ikhlas, tawadduk serta wajah disinari
warna warni rama rama yang tiada belas kasihan pada gua, Apan membalas
padu:
"Dalam sinki penteri."
Gua terus tendang kompiter sampai bersepah atas lantai.
MUG la Apan..MUG...!!, pronunciation macam jahanam!
Sia sia gua berdebar. Pagi pagi sudah bikin hati membara.
Salam Tulus Ikhlas,