Rice = Minyak Masak

Ketika tengah dok berjalan sambil berlari-lari anak mencari beras untuk santapan keluarga kat satu supermarket yang di rahsiakan lokasinya terserempak pulak dengan situasi sebegini. Beras ape bentuk cam ni erk?? Adoi beras dah di botolkan dah ker? Nak tengok beras dalam botol?? boleh lah scroll ke bawah....

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Jika korang berada di situasi ini. Apa yang korang akan lakukan?? Aku demam serta merta sebab tak percaya apa yang berlaku. Hehehe

Pengumuman : hanya balaks handsome dan aweks cantik sahaja di benarkan comment. Kalau rasa diri tu sebahagian dari golongan tersebut cepat-cepat comment sebelum kecantikkan dan kehenseman tu kena tarik bali.. Hehehe

Salam Tulus Ikhlas,





Negeri Sembilan Juara Piala Malaysia

Tahniah Negeri Sembilan Atas Kemenangan Piala Malaysia 2009




SELEPAS 61 tahun menanti, Negeri Sembilan akhirnya berjaya muncul juara Piala Malaysia 2009 dengan menewaskan Kelantan 3-1 pada perlawanan akhir, malam tadi.

Selepas tiga kali mencuba, baru tahun ini Negeri Sembilan yang dibimbing oleh Wan Jamak Wan Hassan dapat menebus kegagalan tewas kepada Perak dan Perlis pada tahun 2000 dan 2006 lalu.

PEMAIN-PEMAIN Negeri Sembilan diketuai Reezal Zambery Yahya (julang trofi) meraikan kejayaan muncul juara Piala Malaysia 2009 bersama rakan sepasukan lain selepas menerima trofi daripada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, malam tadi.




Sumber: Utusan Malaysia Online - Berita Utama



Pengumuman : hanya balaks handsome dan aweks cantik sahaja di benarkan comment. Kalau rasa diri tu sebahagian dari golongan tersebut cepat-cepat comment sebelum kecantikkan dan kehenseman tu kena tarik bali.. Hehehe

Salam Tulus Ikhlas,





Harga Rokok Naik. Perokok Relax Jerk

Saban hari kita dengar mengenai kempen berhenti merokok. Kerajaan telah menghabiskan jutaan ringgit demi untuk mengurangkan bilangan perokok tegar di negara kita. Namun hakikatnya??

Semakin ramai dan berleluasa perokok-perokok di negara kita. Kini kerjaan dengan bangganya meletakkan gambar-gambar yang menakutkan pada kotak-kotak rokok namun, sambutannya tetap hambar.

Baru-baru ini kerjaan menaikkan harga rokok sebanyak 3%. Apa yang di lakukan oleh kerajaan semata-mata untuk mengurangkan perokok di Malaysia. Setelah beberapa tahun trend menaikkan harga rokok ini dimulakan ia tidak menampakkan apa-apa perubahan pada masyarakat.

Ini kerana rokok menyebabkan ketagihan. Di mana ada ketagihan di situ ada usaha untuk mendapatkannya. Walaupun lima ringgit sebatang pun, pelajar tetap akan boleh membeli di kedai. Namun, jangan lupa... penyeludup akan tersenyum riang melihat kenaikan harga rokok di negara kita.

Mereka tidak akan kisah tentang apa juga propaganda kerajaan terhadap tahap kesihatan atau fakta berapa ramai pesakit yang berkaitan rokok.

Seperti yang berlaku di negara lain, mereka meletakkan merokok di dalam rang-rang undang di mana perokok akan di jatuhkan hukuman di sebabkan rokok. contohnya :

Chile
Chile bans smoking in schools, hospitals, government offices, shopping centres, supermarkets, pharmacies, airports, buses, subway networks and other indoor public places. Smoking in universities indoors is banned, however, smoking is allowed outdoors. Restaurants, with large eateries (over 100 m²) must have fully partitioned nonsmoking sections. Smaller restaurants can choose between being smoke free or being for smokers. The same with cafes and pubs. Clubs, despite their size, are able to choose between being smoke free or being for smokers, however, in practice all clubs are "for smokers"


Singapore
Smoking was banned in hawker centres, coffee-shops, cafes and fast-food outlets beginning 1 July 2006. For establishments with an outdoor area, 10-20% of the area can be set aside for smoking, although they would have to be clearly marked to avoid confusion. Gradually, the ban has been extended to bus interchanges and shelters, public toilets and public swimming complexes.
On 1 July 2007, the ban was extended to entertainment nightspots. The rule allows for the construction of designated smoking rooms which can take up to 10% of the total indoor space.
On 1 January 2009, the ban was extended to all children's playgrounds, exercise areas, markets, underground and multi-storey car parks, ferry terminals and jetties. It was also extended to non-air conditioned areas in offices, factories, shops, shopping complexes and lift lobbies.
Smokers found flouting the rules are fined S$200 while the owners of the establishments are fined S$200 and S$500 for a subsequent offence.
Saya bukanlah menidakkan usaha kerajaan dalam mengurangkan perokok di Malaysia, cuma kerajaan haruslah pandai mencari inisiatif alternatif untuk mengurangkan peratusan perokok ini.

Saya meluahkan ini berdasarkan apa yang saya lihat, dengar dan bualkan bersama-sama rakan perokok saya. Mungkin apa yang saya cuba utarakan di sini tidak mampu mengubah apa-apa. Tetapi kerajaan wajar memikirkannya jika mahu mengurangkan jumlah perokok.

Terima kasih atas dasar dan usaha yang kerajaan lakukan. Tetapi carilah alternatif lain selain daripada mempergunakan hak pencukaian terhadap tembakau.



Pengumuman : hanya balaks handsome dan aweks cantik sahaja di benarkan comment. Kalau rasa diri tu sebahagian dari golongan tersebut cepat-cepat comment sebelum kecantikkan dan kehenseman tu kena tarik bali.. Hehehe

Salam Tulus Ikhlas,





Lirik Lagu Raja Gelek - One Nation Emcees+MP3



Lirik Lagu Raja Gelek - One Nation Emcees

Chorus:
Asyik ikut irama
tak keruan di buatnya
bergetar-getar tubuhku
menggapai jemarinya(2X)
raja gelek, raja gelek
bolehkah bersama
aku rindu, aku rindu
gaya mempersona(2X)

Verse 1

Kozae:
Raja sudah kembali
bukan raja lawak bukan raja sehari (Oh no)
aku masih di sini
bukan menyepi cuma menyusun strategi
ini semua realiti
harus kau hadapai
bukan berlagu ikut sesedap hati
bentang permaidani merah
raja gelek ingin berlalu so diri kau jangan gelabah

Bridge:
Dont stop gelek-gelek
gerak badan is how we do it(4X)

Verse 2

Jojoe:
Kini ku bisa hilangkan benak di jiwa
tak ku peduli apa yang bakal terjadi
oksigen
penuhi dadaku hampir menggoncang sistem
apa yang ku rasa luar biasa
jangan kau sangsi mr dj Fuzz
urban hiphop memang razz ma tazz
gelek bukan sebarang gelek
gelek cek mek molek

Ohhoooooooo hoi(zydee)

Kozae:
Semua telah terbukti
raja gelek tak dapat disangkal lagi
umpama bintang kerlipan yang tiada sempadan
kau pasti akan jadi pujaan

Jojoe:
o o o o o here we go
dengan tempo hooo aku jojoe
clap, c-clap clap
now make it clap
clap c-clap clap
mari gelek, gelek gelek...

Verse 3

Zydee:
Aduh duh duh tolong ketepi
raja gelek sini datang pelawa menari
goyangkan kaki pinggulmu juga serta badan
semoga kau asyik gerakkanmu dapat menawan
mata mu yang menggoda boleh putarkan minda
suasana pun boleh menjadi riuh rendah
tapi jangan alpa apa di depan mata
silap-silap hanya manis kata-kata
hit me up
mari datang kedunia ku
hook me up
berdansa tak kira waktu
terangilah hiburkan hati ini
seribu yang datang kau tetap ku kasihi



Pengumuman : hanya balaks handsome dan aweks cantik sahaja di benarkan comment. Kalau rasa diri tu sebahagian dari golongan tersebut cepat-cepat comment sebelum kecantikkan dan kehenseman tu kena tarik bali.. Hehehe

Salam Tulus Ikhlas,

Fight for kisses

Wilkinson Sword, UK Arm Of Schick telah melancarkan sebuah iklan untuk mempertahankan Kisses (ciuman), meningkatkan penjualan pisau cukur Quattro Titanium dan mata pisau di Perancis.



Iklan 2 minit itu adalah berkonsepkan perebutan ciuman seorang ibu dan isteri di mana masing-masing memerlukannya. Si anak berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan belaian kasih sayang dari ibunya dan si bapa pula menggunakan senjata yang agak tajam sehingga melukakan hati seorang kanak-kanak. Selamat menonton dan komen ya~




Pengumuman : hanya balaks handsome dan aweks cantik sahaja di benarkan comment. Kalau rasa diri tu sebahagian dari golongan tersebut cepat-cepat comment sebelum kecantikkan dan kehenseman tu kena tarik balik.. Hehehe

Salam Tulus Ikhlas,

Everyone Connects Through My Window featuring Bunkface!

Comelnye iklan hencek TM ni...
Memang berkesan....






Salam Tulus Ikhlas,




Saya Menunggu Komen Anda

Duda dan Janda

Di sebuah perkampungan ada seorang duda yang sudah berumur tinggal seorg dirumah nya..anak2nye sume bekerja di bandar...Berdekatan rumah nya itu ada seorang janda yang juga agak berumur dan juga tinggal seorg...Sudah bertahun lama nya mereka berjiran dan sering juga berhubung kala kesunyian....Suatu hari..di petang yang redup...si duda duduk di bawah pokok rambai..merenung ke arah rumah si janda...

Si janda perasan dan datang menegur si duda..."Pak Uda oii..ape yang di menungkan nye tu..."...Si duda menunduk seketika..lalu menjawab "..Ada perkara aku nk bgtu ko ni Mak Jan.."...Berkerut dahi si janda...kerana kelihatan serius pulak si duda tu..."ape nyer ..serius je bunyi nyer.." ...Si duda merenung si janda...lalu dengan kekuatan yang ade die berkata..."Aku ni kepingin nk berbinikan ko...ko sudi tk?.."...Si janda tersenyum..dan diam seketika ..lalu si janda menjawab "Erm...sudi..."...Setelah berborak seketika...si janda dan duda pun pulang kerumah masing2 kerana hari sudah menjelang senja...

Pada malam itu..si duda gelisah...dia tidak ingat jawapan yand diberikan si janda petang tadi..adakah dia sudi atau tak...yelah dah tue...memori pendek sket...Setelah berfikir sejenak...si duda tidak jugak mendapat jawapan...lalu terpksalah die bertanya sekali lagi kepada si janda...

Si duda mendail no telepon si janda..nk dtg umah tk molek plk dah malam2 cmni..."Helo...mak jan..pak uda di sini...aku ingin bertnya...almaklum dah tua mudah lupa...ptg tdi aku bertnya pada ko sudikah ko berkahwin dengan aku..apakah yang ko jawab.."...Mendengar suara si duda..si janda pun berkata "Aku jawab aku sudi..ikhlas dari hati...selamat ko telepon aku ..Pak Uda..."...si duda pelik dengan kata2 si janda lalu bertnya..."Kenapa..."...Dan si janda menjawab.."Aku pun lupe spe yang ajak aku kawin ptg tadi"



Saya Menunggu Komen Anda
Salam Tulus Ikhlas,





Kanak-kanak 3 tahun mati setelah didera, dirogol, diliwat

Aduhai.. sadisnya aku baca kisah budak ni. kesian gila. mak dia pun gila apa bleh plak kasik jantan negro tuh dok serumah. siap nak backing "balak" dia lagi.

KAJANG: Kejam dan tidak berperikemanusiaan apabila seorang lelaki Afrika didakwa sanggup mendera, merogol dan meliwat anak kekasihnya yang baru berusia tiga tahun sehingga kanak-kanak itu menemui ajal.

Malah, kekasih wanita terbabit yang juga seorang janda berusia 24 tahun tergamak bersekongkol dengan warga asing itu apabila sanggup berbohong dengan mereka cerita kononnya anaknya mati akibat didera pembantu rumah.

Bagaimanapun, siasatan polis mendapati fakta dalam keterangan diberikan wanita yang bekerja sebagai setiausaha itu meragukan sebelum merumuskannya sebagai pembohongan apabila mendapati wanita terbabit tidak pernah menggaji pembantu rumah yang didakwa melarikan diri sejurus selepas tragedi menyayat hati itu.

Sumber polis berkata, wanita rakyat tempatan itu dikesan menjalinkan hubungan dengan lelaki Sudan terbabit sejak beberapa bulan lalu.

Menurutnya, lelaki warga asing itu sebelum ini memasuki Malaysia menggunakan visa pelajar dan menuntut di sebuah kolej swasta di ibu kota.

“Bagaimanapun, lelaki berusia 24 tahun itu hanya belajar sebulan sebelum tinggal bersama kekasihnya iaitu wanita warga tempatan di sebuah kondominium di Batu 9, Kajang.

“Difahamkan, lelaki Afrika terbabit tinggal serumah dengan wanita tempatan itu yang mempunyai seorang anak perempuan berusia tiga tahun hasil perkahwinannya sebelum ini,” katanya.

Menurutnya, lelaki terbabit yang kerap diminta menjaga kanak-kanak terbabit dipercayai sering memukul selain merogol dan meliwat mangsa terutama ketika ibunya tiada di rumah kerana keluar bekerja pada waktu siang.

“Namun, pada 12 Oktober lalu, ibu mangsa yang pulang ke rumah jam 9 malam terkejut apabila mendapati anak perempuannya koma dengan keadaan tubuh tidak bermaya.

“Wanita terbabit segera membawa anaknya untuk mendapatkan rawatan di Hospital Kajang, namun mangsa dilaporkan mati akibat kecederaan serius terutama di kepala,” katanya.

Menurutnya, wanita terbabit yang membuat laporan polis susulan kematian anaknya, mendakwa kanak-kanak perempuan itu mati akibat didera pembantu rumahnya.

“Menurut wanita itu, pembantu rumahnya bagaimanapun melarikan diri sebaik dia pulang ke rumah sejurus kejadian. Namun, polis mula mengesyaki sesuatu tidak kena apabila siasatan mendapati suspek tidak pernah menggunakan khidmat pembantu rumah asing.

“Malah, rasa curiga semakin kuat apabila hasil bedah siasat pihak hospital menemui kesan kecederaan pada kemaluan mangsa selain kesan sama pada dubur dipercayai akibat diliwat. Malah, tubuh dan muka mangsa dipenuhi kesan luka lama dan baru dipercayai akibat dipukul dengan teruk,” katanya.

Menurutnya, polis yang menyedari berlaku kes pembunuhan kejam terhadap mangsa bergegas ke kediaman suspek pada 13 Oktober lalu bagi melakukan pemeriksaan lanjut.

“Hasil beberapa bukti diperoleh, polis menahan pasangan kekasih terbabit sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang untuk siasatan lanjut.

“Setakat ini, kedua-dua suspek mengaku melakukan penderaan terhadap kanak-kanak terbabit yang membawa kepada kematiannya,” katanya.






Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Sakaruddin Che Mood mengesahkan kejadian pembunuhan itu namun enggan mengulas lanjut.

“Perbuatan berkenaan amat kejam dan tidak berhati perut terutama terhadap kanak-kanak yang tidak tahu apa-apa. Pihak polis akan melakukan siasatan secepat mungkin bagi memastikan individu yang melakukan jenayah itu mendapat hukuman setimpal,” katanya.

Menurutnya, kedua-dua suspek ditahan reman sehingga Ahad ini dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.-metro




Salam Tulus Ikhlas,


Malaysia-Indonesia Biarkanlah Terus Serumpun

Adoi.... Bangangnya kisah adik beradik bergaduh ni... Bergaduh bukan sebab apa, sebab curik budaya la kononnye. Ingat sikit KITA SALING MEMERLUKAN. Aku tak pernah plak dengar tarian pendet, angklung, whatnot, whathappen dan macam2 what lg la. Ini yang kita dok nak berperang. Kalau kita berdamai "tak dok gapo satu" (atok aku sker cakap, maksud dia = tak jadi apa-apa).




Come on la wei, tak kira yang indonesia ataupun malaysia. Tok sah dok fikir kolot sangat la. kitakan serumpun kalau datanglah serangan YAHUDI LAKNATULLAH tu sape yang nak tolong kita, kalau bukan sesama kita?. Depa tu dok gelak tengok kita dok bersengketa adik beradik tau. Memang dah lama they all dok tunggu.



I just think daripada kita dok maling-malingan dan sial-sialan, better we boycott discovery channel dan semua media-media yang membawa fitnah dan mengapi-apikan ni.No wonder the punks have this slogan that goes 'kill your tv' and 'idiot box'. Tengok apa dah jadi? Take September 11 as an example. Betapa dia pusing-pusing, sampailah orang menganggap serong terhadap penganut Islam. Islam is one of the most hated religion, tapi takleh nak percaya sebab yang tukang jawab tu pon semuanya semestinya biased.

So, moh la kita bersalam-salaman tanda terjalin persaudaraan. Tak yah la kita layan "BENDERA" yang buat-buat konon nak serang kita tuh. Entah2 Amerika dah labur duit soh diorang wat gila kot.Apa2 pun salut kat Pemerintah kita ngan diorang sebab dapat selesaikan masalah ni dengan bijak.

Salam Tulus Ikhlas,

Wanita Melahirkan Dalam Pesawat

Salam,

Dalam keadaan isteri yang sarat mengandung anak pertama kami, terdengar pula berita mengenai wanita yang beranak dalam flight Air Asia. Macam mana la keadaan masa tu erk. Mesti kelam kabut gila. Mahu tidak nya dengan ada orang menjerit kesakitan. takkan penumpang lain boleh dok diam kot... Ape2 pun tahniah di ucapkan kepada Liew Siaw Hsia sebab selamat melahirkan anak beliau dan dapat penghargaan dari Air Asia. Memang berbaloi-baloi.



KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Seorang wanita yang mengandung tujuh bulan melahirkan bayi lelaki dalam pesawat AirAsia ketika dalam penerbangan dari Pulau Pinang ke Kuching, malam tadi.


Liew Siaw Hsia, 31, selamat melahirkan bayi pramatang dengan bantuan seorang doktor yang dikenali sebagai Ronald dan krew pesawat itu yang menyediakan tempat sesuai bagi membolehkan wanita berkenaan melahirkan bayinya.


Pembantu Khas Pengerusi AirAsia Edd Razhe berkata wanita itu mengadu sakit perut selepas kira-kira setengah jam pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Bayan Lepas Pulau Pinang pada pukul 7.05 malam.


Beliau berkata kejadian itu menyebabkan penerbangan AK5606 itu terpaksa mengalihkan laluan ke Terminal Penerbangan Murah (LCCT) di Sepang.


"Sebaik mendarat, ambulans yang telah sedia menunggu di lapangan terbang itu terus membawa wanita berkenaan bersama bayinya ke Hospital Putrajaya untuk rawatan," katanya ketika dihubungi di sini, Khamis.


Edd berkata sebagai tanda penghargaan, AirAsia akan memberikan penerbangan percuma kepada Liew dan bayinya ke semua destinasi penerbangan untuk seumur hidup.


Beliau berkata Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Datuk Seri Tony Fernandes, yang berada di Bangkok, Thailand, akan pulang ke Kuala Lumpur bagi meraikan kelahiran bayi itu pada satu majlis istimewa di Hospital Putrajaya petang ini.


"AirAsia juga meminta Dr Ronald yang sama-sama membantu menyambut kelahiran bayi itu agar menghubungi AirAsia untuk diberikan penghargaan atas jasa dan bantuan yang diberikan," katanya.

Salam Tulus Ikhlas,

powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme