Memaparkan catatan dengan label news. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label news. Papar semua catatan

Boeing 737 AirAsia terbabas di K. Kinabalu

KOTA KINABALU 7 Nov. - Sebuah pesawat Boeing 737-300 milik syarikat penerbangan AirAsia terbabas ketika melakukan pendaratan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu di sini petang ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.10 petang itu, dua juruterbangnya cedera ringan, namun semua 116 penumpang termasuk lima anak kapalnya bagaimanapun terselamat.

Mangsa yang cedera diberi rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Queen Elizabeth (QEH) di sini.

Gambar Tengok Kat Ikan Stim

Dalam insiden tersebut, pesawat penerbangan AK104 dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu itu terbabas di hujung landasan berikutan hujan lebat yang melanda sejak petang.

Berikutan kejadian itu juga, semua penerbangan keluar dan masuk di lapangan terbang tersebut ditunda buat sementara waktu.

Jurucakap keselamatan berkata, lima penerbangan yang dijadualkan berlepas dari Kota Kinabalu dibatalkan manakala pendaratan masuk dihalakan ke lapangan terbang berdekatan.

``Ini termasuk menghalakan pesawat supaya mendarat di Lapangan Terbang Sandakan dan Tawau,'' katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini hari ini.

Tinjauan Utusan Malaysia di tempat kejadian mendapati, roda hadapan pesawat itu patah manakala muncung pesawat rosak akibat terkena landasan.

Pesawat tersebut dilihat tersasar ke bahagian kiri landasan dengan keadaan bahagian hadapannya kelihatan menjunam ke landasan.

Sebanyak 30 petugas di lapangan terbang dikejarkan ke tempat kejadian dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat serta ambulans.

Kejadian itu berlaku kira-kira sejam selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mendarat di lapangan terbang tersebut untuk lawatan kerja setengah hari ke Kota Kinabalu.

Seorang penumpang yang hanya mahu dikenali sebagai Ziela berkata, ia merupakan pengalaman paling menakutkan di dalam dirinya.

``Saya sangka kami akan mati apabila seluruh pesawat bergoncang kuat sehingga pesawat itu berhenti di hujung landasan,'' katanya.

Seorang lagi penumpang, Raymond Dunker berkata, akibat kejadian itu seorang daripada tiga anaknya mengalami kecederaan di bahagian tangan kiri.

``Ketika mendarat, dia (anak) terjatuh di tepi pintu kecemasan menyebabkan tangannya tercedera. Dua lagi anak saya yang lain masih terperanjat dengan insiden tersebut,'' katanya.

Sementara itu seorang saksi, Theresa Chong berkata, beliau nampak pesawat tersebut mendarat dalam keadaan tidak stabil.

Katanya, sejurus selepas mendarat beliau yang berada tidak jauh dari tempat kejadian melihat asap putih keluar dari perut pesawat.

``Selepas itu pesawat tersebut membrek kecemasan dan menyebabkan keluar asap hitam sebelum terbabas,'' katanya.

Di KUALA LUMPUR, AirAsia dalam satu kenyataan berkata, akibat hujan lebat dan cuaca buruk, pesawat AirAsia yang menuju Kota Kinabalu dari Kuala Lumpur terbabas sedikit dari landasan ketika mendarat di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

``Ketika keluar dari pesawat, dua daripada penumpang mengalami cedera ringan. Kakitangan AirAsia memberikan respons serta-merta dan penumpang berkenaan dihantar untuk mendapatkan rawatan,'' kata kenyataan itu.

Kenyataan itu juga memberitahu, semua penumpang lain selamat dan penerbangan AK 104 ketika itu membawa 110 penumpang, seorang bayi dan lima anak kapal.

Gambar Tengok Kat Ikan Stim

Sumber : http://utusan.com.my

Dapat Slip 5A Depan Jenazah Ibu

Uh.. Tidak dapat di bayangkan perasaan budak ni. Kepada Siti Amynur Ain Putri Rosdy, harap tabah hadapi dugaan Allah.


SITI AMYNUR AIN PUTRI (tengah) mengaminkan doa yang dibacakan guru agama SK Taman Dusun Nyior, Zakri Abdul Azizi (kiri) di pusara ibunya di tanah perkuburan Makam Tuan Haji Said, Seremban semalam.


SEREMBAN - Tidak seperti murid Tahun Enam lain yang kegirangan ketika menerima keputusan cemerlang 5A Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Siti Amynur Ain Putri Rosdy (gambar kecil) terpaksa menempuh kesedihan semasa menerima keputusan itu di hadapan jenazah ibu.

Apabila keputusan UPSR diumumkan di pejabat Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Dusun Nyior di sini semalam, Siti Amynur Ain Putri berada di surau rumah rakyat Taman Dusun Nyior untuk membantu anggota keluarga yang lain menguruskan jenazah ibunya, Rusmah Abdullah, 47, yang meninggal dunia akibat tekanan darah rendah pada tengah malam Rabu selepas terlantar di wad hospital selama dua minggu.




Berderai air mata Siti Amynur Ain Putri dan anggota keluarga yang lain apabila guru besar sekolah itu, Noreha Adam menyampaikan keputusan ke tangan pelajar itu sendiri di hada- pan tubuh kaku ibunya beberapa minit sebelum solat jenazah dimulakan pada pukul 11.30 pagi kelmarin.

"Saya sedih sangat, ibu tidak dapat melihat keputusan ini. Ibu selalu berpesan semasa hidup bahawa saya ini harapan dia, ayah pula sudah meninggal dunia empat tahun lalu," katanya dalam linangan air mata.

Pelajar itu kini hidup yatim piatu bersama abangnya yang berusia 14 tahun.

Selepas ayahnya meninggal dunia akibat sakit tibi, ibu Siti Amynur Ain Putri bekerja sebagai tukang cuci di sebuah hotel bajet rendah di Serem- ban dengan pendapatan RM500 sebulan. - Bernama



Sumber : kosmo!


Al-Fatihah
alfatihah

Salam Tulus Ikhlas,

Halim Othman ganti Fara?

Bertugas di konti Hot FM ketika penyampai
radio wanita popular jalani pembedahan lutut



PAGI Isnin lalu, pendengar Hot FM dikejutkan dengan suara bekas penyampai radio popular, Halim Othman yang berkumandang di stesen radio nombor satu itu. Tidak berseorangan, sebaliknya Halim yang pernah beberapa kali dinobatkan sebagai penyampai radio lelaki popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian bergandingan dengan Faizal Ismail bagi mengendalikan program Hot FM AM Krew.


Kemunculan secara tiba-tiba Halim di stesen radio berkenaan menimbulkan tanda tanya apakah penyampai yang juga pengacara itu kini sudah beralih arah dan memilih untuk berkhidmat di stesen radio milik Media Prima Berhad itu. Dan jika benar Halim kini sudah menjawat tugasan baru itu, ke mana pula perginya Fara Fauzana? Apakah penyampai, pengacara dan pelakon itu sudah tidak berminat untuk meneruskan tugasnya di konti.Bagi meleraikan kekusutan yang timbul, Hip mendapatkan penjelasan Pengurus Rangkaian Program, Rangkaian Radio Media Prima Berhad, Anida Tahrim mengenai status Halim di stesen radio Hot FM. Tidak seperti yang dijangkakan, Anida berkata kehadiran Halim adalah untuk sementara saja iaitu bagi menggantikan Fara Fauzana yang sedang cuti sakit akibat kecederaan di lutut.

“Apabila Fara Fauzana cuti panjang kerana menjalani pembedahan di lutut, maka kami terpaksa mencari penggantinya. Ada beberapa nama yang disenaraikan, ada juga nama bekas deejay radio dan ada juga selebriti. Tetapi selepas mengambil kira beberapa faktor seperti pengalaman dan keupayaan mengendalikan tugas di konti, kami akhirnya memilih Halim,” kata Anida.

Pun begitu, pada awalnya tugas untuk memanggil Halim bertugas di konti Hot FM bukanlah satu perkara yang mudah.

HALIM hanya bertugas sementara saja di konti Hot FM.

“Produser iaitu Suraya yang menelefon dan menawarkan tugas itu padanya. Selepas berfikir, barulah dia bersetuju sekali gus menunjukkan perasaan teruja untuk kembali bertugas di konti radio,” kata Anida.

Ternyata pilihan mereka itu tepat apabila Halim mampu menjalankan tanggungjawabnya dengan baik serta turut menyumbang idea kepada pihak penerbit.

“Ketika dia bertugas, saya ada terdengar perbualannya bersama seorang pemanggil ini. Dari cara mereka bersembang saya dapat rasakan yang Halim memang mengenali wanita ini. Malah dia dapat mengingati latar belakang wanita yang menelefonnya itu. Jadi berdasarkan itu, saya rasa Halim masih mempunyai peminat setianya sendiri dan skil mengendalikan konti masih belum hilang darinya.

“Bukan itu saja, dia juga turut memberi cadangan apakah topik yang boleh diketengahkan dalam program pagi itu. Contohnya macam hari ini, dia berkata pernah bermimpi untuk bertugas di konti Hot FM dan akhirnya menjadi kenyataan. Disebabkan itu, dia terus membuat topik mimpi untuk dibincangkan pendengar. Sejujurnya kami memang berpuas hati dengan persembahannya hari ini. Nampaknya tak salah pilihan kami itu,” kata Anida.


Bagaimanapun, ketika ditanya apakah ada kemungkinan Halim bakal diserapkan sebagai penyampai stesen terbabit, Anida berkata mereka tidak mempunyai perancangan ke arah itu.

“Lagipun tugas Halim hanyalah untuk minggu ini saja. Selepas itu Faizal mungkin akan kembali berseorangan. Bukannya kita tak mahu menukar jadual penyampai lain untuk digandingkan bersama Faizal tetapi memandangkan sekarang sudah hujung tahun dan ramai penyampai mahu mengambil cuti, jadi kami rasa biarlah jadual mereka mengikut seperti yang sudah ditetapkan. Lagipun selepas ini demam Anugerah Skrin akan bermula dan mungkin kami akan memanggil personaliti untuk menemani Faizal di konti dan berbicara mengenai drama mereka.

“Berbalik kepada soal Halim tadi, memang kami tidak mempunyai sebarang rancangan untuk menambah jumlah penyampai. Rasanya cukup dengan apa yang ada,” katanya.

Dan mengenai soalan apa mungkin mereka akan mengambil Halim sebagai penyampai sambilan untuk segmen Retro, Anida berkata perkara itu akan dipertimbangkan. Bagaimanapun, perkara itu semua bergantung kepada tuan punya badan itu sendiri.

p/s : Terkejut gak masa terdengar suara halim tu. ingat dengar sinar fm pas tu dengar suara FBI plak. semoga fara cepat sembuh...

Pengumuman : hanya balaks handsome dan aweks cantik sahaja di benarkan comment. Kalau rasa diri tu sebahagian dari golongan tersebut cepat-cepat comment sebelum kecantikkan dan kehenseman tu kena tarik bali.. Hehehe

Salam Tulus Ikhlas,

Negeri Sembilan Juara Piala Malaysia

Tahniah Negeri Sembilan Atas Kemenangan Piala Malaysia 2009




SELEPAS 61 tahun menanti, Negeri Sembilan akhirnya berjaya muncul juara Piala Malaysia 2009 dengan menewaskan Kelantan 3-1 pada perlawanan akhir, malam tadi.

Selepas tiga kali mencuba, baru tahun ini Negeri Sembilan yang dibimbing oleh Wan Jamak Wan Hassan dapat menebus kegagalan tewas kepada Perak dan Perlis pada tahun 2000 dan 2006 lalu.

PEMAIN-PEMAIN Negeri Sembilan diketuai Reezal Zambery Yahya (julang trofi) meraikan kejayaan muncul juara Piala Malaysia 2009 bersama rakan sepasukan lain selepas menerima trofi daripada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, malam tadi.




Sumber: Utusan Malaysia Online - Berita Utama



Pengumuman : hanya balaks handsome dan aweks cantik sahaja di benarkan comment. Kalau rasa diri tu sebahagian dari golongan tersebut cepat-cepat comment sebelum kecantikkan dan kehenseman tu kena tarik bali.. Hehehe

Salam Tulus Ikhlas,





Kanak-kanak 3 tahun mati setelah didera, dirogol, diliwat

Aduhai.. sadisnya aku baca kisah budak ni. kesian gila. mak dia pun gila apa bleh plak kasik jantan negro tuh dok serumah. siap nak backing "balak" dia lagi.

KAJANG: Kejam dan tidak berperikemanusiaan apabila seorang lelaki Afrika didakwa sanggup mendera, merogol dan meliwat anak kekasihnya yang baru berusia tiga tahun sehingga kanak-kanak itu menemui ajal.

Malah, kekasih wanita terbabit yang juga seorang janda berusia 24 tahun tergamak bersekongkol dengan warga asing itu apabila sanggup berbohong dengan mereka cerita kononnya anaknya mati akibat didera pembantu rumah.

Bagaimanapun, siasatan polis mendapati fakta dalam keterangan diberikan wanita yang bekerja sebagai setiausaha itu meragukan sebelum merumuskannya sebagai pembohongan apabila mendapati wanita terbabit tidak pernah menggaji pembantu rumah yang didakwa melarikan diri sejurus selepas tragedi menyayat hati itu.

Sumber polis berkata, wanita rakyat tempatan itu dikesan menjalinkan hubungan dengan lelaki Sudan terbabit sejak beberapa bulan lalu.

Menurutnya, lelaki warga asing itu sebelum ini memasuki Malaysia menggunakan visa pelajar dan menuntut di sebuah kolej swasta di ibu kota.

“Bagaimanapun, lelaki berusia 24 tahun itu hanya belajar sebulan sebelum tinggal bersama kekasihnya iaitu wanita warga tempatan di sebuah kondominium di Batu 9, Kajang.

“Difahamkan, lelaki Afrika terbabit tinggal serumah dengan wanita tempatan itu yang mempunyai seorang anak perempuan berusia tiga tahun hasil perkahwinannya sebelum ini,” katanya.

Menurutnya, lelaki terbabit yang kerap diminta menjaga kanak-kanak terbabit dipercayai sering memukul selain merogol dan meliwat mangsa terutama ketika ibunya tiada di rumah kerana keluar bekerja pada waktu siang.

“Namun, pada 12 Oktober lalu, ibu mangsa yang pulang ke rumah jam 9 malam terkejut apabila mendapati anak perempuannya koma dengan keadaan tubuh tidak bermaya.

“Wanita terbabit segera membawa anaknya untuk mendapatkan rawatan di Hospital Kajang, namun mangsa dilaporkan mati akibat kecederaan serius terutama di kepala,” katanya.

Menurutnya, wanita terbabit yang membuat laporan polis susulan kematian anaknya, mendakwa kanak-kanak perempuan itu mati akibat didera pembantu rumahnya.

“Menurut wanita itu, pembantu rumahnya bagaimanapun melarikan diri sebaik dia pulang ke rumah sejurus kejadian. Namun, polis mula mengesyaki sesuatu tidak kena apabila siasatan mendapati suspek tidak pernah menggunakan khidmat pembantu rumah asing.

“Malah, rasa curiga semakin kuat apabila hasil bedah siasat pihak hospital menemui kesan kecederaan pada kemaluan mangsa selain kesan sama pada dubur dipercayai akibat diliwat. Malah, tubuh dan muka mangsa dipenuhi kesan luka lama dan baru dipercayai akibat dipukul dengan teruk,” katanya.

Menurutnya, polis yang menyedari berlaku kes pembunuhan kejam terhadap mangsa bergegas ke kediaman suspek pada 13 Oktober lalu bagi melakukan pemeriksaan lanjut.

“Hasil beberapa bukti diperoleh, polis menahan pasangan kekasih terbabit sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang untuk siasatan lanjut.

“Setakat ini, kedua-dua suspek mengaku melakukan penderaan terhadap kanak-kanak terbabit yang membawa kepada kematiannya,” katanya.






Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Sakaruddin Che Mood mengesahkan kejadian pembunuhan itu namun enggan mengulas lanjut.

“Perbuatan berkenaan amat kejam dan tidak berhati perut terutama terhadap kanak-kanak yang tidak tahu apa-apa. Pihak polis akan melakukan siasatan secepat mungkin bagi memastikan individu yang melakukan jenayah itu mendapat hukuman setimpal,” katanya.

Menurutnya, kedua-dua suspek ditahan reman sehingga Ahad ini dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.-metro




Salam Tulus Ikhlas,


Wanita Melahirkan Dalam Pesawat

Salam,

Dalam keadaan isteri yang sarat mengandung anak pertama kami, terdengar pula berita mengenai wanita yang beranak dalam flight Air Asia. Macam mana la keadaan masa tu erk. Mesti kelam kabut gila. Mahu tidak nya dengan ada orang menjerit kesakitan. takkan penumpang lain boleh dok diam kot... Ape2 pun tahniah di ucapkan kepada Liew Siaw Hsia sebab selamat melahirkan anak beliau dan dapat penghargaan dari Air Asia. Memang berbaloi-baloi.



KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Seorang wanita yang mengandung tujuh bulan melahirkan bayi lelaki dalam pesawat AirAsia ketika dalam penerbangan dari Pulau Pinang ke Kuching, malam tadi.


Liew Siaw Hsia, 31, selamat melahirkan bayi pramatang dengan bantuan seorang doktor yang dikenali sebagai Ronald dan krew pesawat itu yang menyediakan tempat sesuai bagi membolehkan wanita berkenaan melahirkan bayinya.


Pembantu Khas Pengerusi AirAsia Edd Razhe berkata wanita itu mengadu sakit perut selepas kira-kira setengah jam pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Bayan Lepas Pulau Pinang pada pukul 7.05 malam.


Beliau berkata kejadian itu menyebabkan penerbangan AK5606 itu terpaksa mengalihkan laluan ke Terminal Penerbangan Murah (LCCT) di Sepang.


"Sebaik mendarat, ambulans yang telah sedia menunggu di lapangan terbang itu terus membawa wanita berkenaan bersama bayinya ke Hospital Putrajaya untuk rawatan," katanya ketika dihubungi di sini, Khamis.


Edd berkata sebagai tanda penghargaan, AirAsia akan memberikan penerbangan percuma kepada Liew dan bayinya ke semua destinasi penerbangan untuk seumur hidup.


Beliau berkata Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Datuk Seri Tony Fernandes, yang berada di Bangkok, Thailand, akan pulang ke Kuala Lumpur bagi meraikan kelahiran bayi itu pada satu majlis istimewa di Hospital Putrajaya petang ini.


"AirAsia juga meminta Dr Ronald yang sama-sama membantu menyambut kelahiran bayi itu agar menghubungi AirAsia untuk diberikan penghargaan atas jasa dan bantuan yang diberikan," katanya.

Salam Tulus Ikhlas,

Provokasi media dan benteng demokrasi rakyat Indonesia didalangi pihak ketiga

Salam blog semua,
Akhir2 ini banyak kedengaran tetang indonesia nak perang ngan malaysia...
sebenarnya rakyat indonesia ni cepat terpengaruh dengan media yang provoke
cerita ni..

http://img.youtube.com/vi/kyKY_ccGOaA/0.jpg


Memetik laporan weblog yang menamakan halaman tersebut sebagai Digital Journal, 26 September 2009, sekumpulan rakyat Indonesia yang menggelarkan dirinya sebagai Benteng Demokrasi Rakyat bercadang untuk menyerang Malaysia pada 8 Oktober 2009.

Kumpulan tersebut ditubuhkan pada tahun ini, iaitu semasa kempen pemilihan presiden Indonesia berupaya menarik perhatian segelintir rakyat Indonesia untuk melakukan sweeping terhadap rakyat Malaysia di Indonesia menggunakan buluh runcing dan membakar bendera Malaysia di Kedutaan Malaysia di Jakarta pertengaahan September lalu.

Kumpulan yang anti Malaysia itu dilihat tiak mengendahkan permohonan maaf dan tidak cuba memahami permasalahan sebenar yang cuba digembar-gemburkan oleh media mereka yang mengalami kejutan besar apabila diberikan ruang kebebasan yang besar sejak kejatuhan pentadbiran Suharto pada tahun 1998.

Sebelum ini media Indonesia seperti juga Malaysia terpaksa memohon dan mendapat kebenarakan untuk diterbitkan (izin produksi) dari pemerintah, khususnya Departmen Penerangan. Setelah Suharto disingkirkan, sewaktu Megawati Sukarnoputri menjawat jawatan Presiden Indonesia, izin penerbitan itu dihapuskan dan Departmen Penerangan dimansuhkan.

Berdasarkan laporan tersebut, Malaysia dituduh sebagai jiran yang suka mengambil hak Indonesia termasuk kebudayaan dan kedaulatan Pulau Ambalat, Semasa pilihan raya presiden mereka menggunakan isu Pulau Ambalat sebagai senjata untuk menewaskan sokongan rakyat Indonesia terhadap Susilo Bambang Yudhiyono dan menegaskan akan menggantikan kuasa tersebut jika Presiden gagal mendesak Malaysia supaya menggugurkan tuntutan tersebut.

Jika pertikaian mengenai tuntutan bertindih terhadap Ambalat tidak berpihak kepada Indonesia, mereka akan berusaha menjatuhkan presiden. Dengan tersiarnya iklah pelancongan terbaru yang dikeluarkan oleh Discovery Channel yang berpengkalan di Singapura, menyebabkan kumpulan tersebut semakin marah kepada Malaysia.

Malaysia sekali lagi dituduh mencuri artifek budaya rakyat Indonesia dengan mendakwa tarian pendet yang diamalkan oleh penganut Hindu di Pulau Bali sebagai “rompakan budaya.” Maka semakin semaraklah laporan media Indonesia mengenai kecaman “rompakan budaya” sehingga Malaysia dijuluki sebagai “Maling-sia.” Perkataan “maling” yang digunakan bagi menggambarkan sikap dan kegemaran merompak apa sahaja demi kepentingan Malaysia walaupun tepaksa menyakitkan hati rakyat Indonesia.

Ekoran daripada rasa marah tersebut, media dan kumpulan tersebut tidak mengendahkan permohonaan maaf Discovery Channel mengenai kesilapan tersebut sebaliknya terus menuduh sebuah syarikat penerbitan filem tempatan sengaja melakukannya. Isu itu kemudiannya dikembangkan dengan membangkitkan lagu Negaraku yang diambil melodinya daripada lagu Terang Bulan karya Allahyarham Saiful Bahri.

Menurut Mustar Bona Ventura, penyelaras kumpulan tersebut, setakat mereka telah berjaya merekrut lebih 1,200 orang dan dijangka lebih 300 orang lagi akan memberikan sokongan. Sepanjang minggu lalu, kumpulan tersebut berjaya merekrut lebih 600 orang di Jakarta dan dijangka lebih ramai lagi akan menyertainya.

Kumpulan tersebut turut dilaporkan telah menghantar surat bantahan kepada Kedutaan Malaysia di Jakarta dan Presiden Indonesia. Kumpulan tersebut turut mendesak Presiden Indonesia supaya mengarahkan Malaysia menutup kedutaannya di Jakarta dan menghantar balik rakyat Malaysia . Turut dituntut ialah menutup Kedutaan Besar Indonesia di Malaysia dan menghantar balik semua warganegara Indonesia yang bekerja di Malaysia termasuk pendatang tanpa izin.

Mustar turut menegaskan bahawa pada 8 Oktober 2009, seramai 1,500 orang ahli kumpulan mereka (Bendera) akan berlepas ke Malaysia melalui pelbagai cara termasuk melalui udara, darat dan laut manakala seramai 10 orang telah pun berada di Malaysia dan mereka sedang merancang untuk bertempur secara terbuka dengan rakyat Malaysia.

Namun hingga setakat masih belum menampakkan kemarahan tersebut telah menjejaskan hubungan antara dua Kerajaan. Kekeruhan hanya berlaku dalam kalangan kumpulan Bendera, manakala lebih banyak lagi kumpulan rakyat Indonesia tidak bersetuju dengan sikap kumpulan tersebut yang dilihat telah dipergunakan oleh pihak ketiga sengaja tidak mahu melihat hubungan Malaysia-Indonesia menjadi semakin akrab.

Pihak ketiga itu juga dikatakan sengaja cuba menangguk air keruh kerana menghasut dan menaja segelintir rakyat Indonesia bagi membangkitkan kemarahan. Namun, rakyat Malaysia terus berhati-hati dengan strategi kerana telah lama mensyaki bahawa ada pihak tertentu yang cuba mengaut keuntungan di atas kemelut yang bakal timbul antara Malaysia-Indonesia. Mereka menjadi semakin tersepit apabila Malaysia-Indonesia berada dalam hubungan yang akrab di mana geopolitik dan hegemoni ekonomi pihak tersebut akan turut terjejas.

Ini kerana kedua-dua negara serumpun ini mempunyai sumber bahan mentah dan komiditi perdagangan yang besar, yang sentiasa diharapkan dapat membantu memulihkan kedudukan ekonomi. Pertumbuhan ekonomi yang perlahan dan negative menyebaban pihak terbabit sanggup menggunakan apa cara bagi memecahkan benteng persahabatan, kerana dengan cara itu mereka mengharapkan Indonesia terus memberikan bantuan.

Setakat ini pihak ketiga masih belum mampu mempengaruhi keputusan dan dasar luar negara antara Malaysia dan Indonesia. Tidak ada pertelagahan antara kedua-dua pemimpin, sebaliknya antara pemimpin tertinggi semakin kuat azam untuk terus memperkukuhkan hubungan serumpun antara kedua negara, dan masing-masing dilihat saling memerlukan.




Salam Tulus Ikhlas,

Suami hantu

Oleh Shahrul Nizam Mohamad
am@hmetro.com.my


KUANTAN: Angkara cemburu, seorang suri rumah berusia 32 tahun mendakwa diperlakukan seperti haiwan apabila kaki dan tangannya diikat sebelum badannya dibelasah suami sendiri, seorang peniaga kecil di rumah mereka di Bukit Setongkol di sini, Sabtu lalu.

Si suami dipercayai seorang yang cepat panas baran, sebelum itu membuat tuduhan melulu dengan mendakwa wanita berkenaan mempunyai hubungan sulit dengan bapa saudara lelaki terbabit.

Berikutan kejadian itu, mangsa cedera di seluruh badan selepas diseksa termasuk kepala dihentak ke dinding selain diugut bunuh lelaki berusia 41 tahun itu sepanjang dikurung tiga hari.

Difahamkan, kejadian itu berlaku apabila mangsa cuba mempertahankan diri dan menafikan melakukan hubungan sulit seperti didakwa, namun suaminya yang berang enggan mempercayainya sebelum menyeksa wanita berkenaan.

Mangsa diseksa selepas pakaiannya ditanggalkan sebelum dipukul dalam keadaan hanya memakai pakaian dalam. Tidak cukup dengan itu, lelaki terbabit kemudian mengarahkan anak lelakinya berusia 14 tahun yang juga anak tiri mangsa, mengambil tali untuk mengikat tangan dan kaki mangsa.

Dua lagi anak pasangan itu, masing-masing seorang lelaki berusia lima tahun dan perempuan berusia tiga tahun, hanya mampu menangis selepas diberi amaran supaya diam.

Bagaimanapun, mangsa berpeluang membebaskan diri apabila suaminya tidur dan membuka ikatan pada kakinya, kira-kira jam 4.30 pagi kelmarin.

Lebih menyedihkan lagi, mangsa terpaksa menggunakan ibu jari kaki untuk mendail talian kecemasan 999 bagi meminta bantuan sebelum menceritakan kejadian itu kepada pihak polis.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah daerah, Deputi Superintendan Kamaruzzaman Jaafar, ketika dihubungi semalam mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan yang tiba di rumah mangsa terpaksa memecahkan pintu rumah apabila lelaki terbabit enggan membukanya.

Katanya, polis menemui mangsa dalam keadaan lemah selain bengkak di muka serta luka pada pergelangan tangan sebelum menghantarnya ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, untuk rawatan lanjut.

Menurutnya, polis menahan suami mangsa yang sedang bersembunyi dalam bilik dan hasil ujian air kencing mendapati lelaki terbabit positif dadah jenis ganja.

Beliau berkata, polis masih meneruskan siasatan lanjut berhubung kejadian itu mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan kerana mengurung secara salah dan Seksyen 506 kanun sama kerana melakukan ugutan jenayah.

“Lelaki terbabit kini direman 14 hari di IPD Kuantan selain akan mengambil keterangan tiga anak mangsa bagi membantu siasatan lanjut.

“Suspek dipercayai dalam pengaruh dadah ketika melakukan perbuatan itu selain dilakukan kerana bermotifkan cemburu,” katanya.


benangkasar

Microsoft labur RM3 bilion bangunkan teknologi

Microsoft Malaysia mengumumkan pelaburan RM3.045 bilion dalam bentuk inisiatif Microsoft DreamSpark bagi membangunkan teknologi dan menjana inovasi di kalangan 8,700 pelajar sekolah menengah di negara ini.

http://www.comp.dit.ie/website07/images/news/dreamspark_flier.jpg

Pelaburan DreamSpark RM3.045 bilion diikuti daripada komitmen Microsoft Malaysia bernilai RM500 ribu untuk program BizSpark bagi memulakan syarikat baru dan usahawan tekno.

Pengarah Urusannya, Yasmin Mahmood berkata, inisiatif DreamSpark yang baru dilancarkan itu merupakan se

bahagian daripada usahasama antara Kementerian Pengajian Tinggi (MoHE).

Inisiatif DreamSpark akan menyediakan pelajar dengan akses percuma kepada pembangun pencipta perisian Microsoft seperti Visual Studio Pro, Expression, XNA Game Studio 2.0, SQL Server Development Edition dan pelbagai produk dan peralatan perisian daripada portfolio.

"DreamSpark merupakan sebahagian komitmen Microsoft bagi membangunkan modal insan di kalangan pelajar di negara ini.

"Kami yakin pelajar berkenaan akan mendapat faedah daripada program ini yang bakal membantu memberikan kesedaran mengenai potensi dalam kedua-dua akademik dan karier masa depan," katanya pada majlis pelancaran program Microsoft DreamSpark dan penyampaian hadiah Imagine Cup, baru-baru ini.

Majlis berkenaan juga dihadiri oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, Ketua Pengarahnya, Profesor Datuk Dr. Ir. Dr. Radin Umar Radin Sohadi dan Naib Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Profesor Dr. Ahmad Yusoff Hassan.

Saifuddin berkata, aset paling besar adalah modal insan dan pembangunannya akan mengubah negara daripada berasaskan ekonomi kepada negara yang dibina atas inovasi berterusan.

"Kami telah membina hubungan yang rapat dengan Microsoft bagi memberikan cahaya teknologi inovasi di kalangan pelajar dengan menyediakan peralatan diperlukan bagi mempamerkan hasil inovasmpulan daripada 13 universiti mempamerkan penyelesaian kemenangan mereka bagi pertandingan akhir Imagine Cup Malaysia.

Bertemakan 'Imagine a world where technology helps solve the thoughest problem facing us today', pelajar mencipta sesuatu bagi menyelesaikan masalah sosial yang dibincangkan oleh United Nations Millennium Development Goal meliputi kemiskinan tegar sehingga kepada penyebaran HIV/AIDS.

Pemenang Malaysian Imagine Cup, Kumpulan Capricorn dari Universiti Sains Malaysia akan berentap ke Worldwide Finals di Kaherah, Mesir bermula 3 hingga 7 Julai 2009.

Kumpulan Capricorn akan mempamerkan ciptaannya 'GreenEve2Peace' kepada penonton di Kaherah.

Ia merupakan penyelesaian perisian yang membantu petani meningkatkan hasil pertanian dengan kos yang minimum.

Hadiah bagi Imagine Cup 2009 berjumlah RM630,000 bagi sembilan kategori iaitu Reka bentuk Perisian, Pembangunan Terpendam, Pembangunan Permainan, Robotik dan Algoritma, Cabaran IT, MashUp, Fotografi, Filem Pendek dan Rekaan.


sumber : utusan.com.my

Syarikat diserbu, RM20,000 jika lapor

sumber : hmetro.com.my
Oleh Afiq Hanif

afiq@hmetro.com.my

BERHATI-HATI atau terima padahnya!

Itulah amaran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) kepada mana-mana syarikat yang masih menggunakan perisian cetak rompak atau tidak berlesen dalam melaksanakan operasi syarikat.

Menurut Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDNHEP, Mohd Roslan Mahayudin, kementerian akan menggempur syarikat di negara ini bagi memastikan mereka tidak menggunakan perisian cetak rompak atau tidak berlesen.


"Kami bekerjasama rapat dengan Perikatan Perisian Perniagaan (BSA) dalam memastikan perkara ini dan sudah mengenalpasti senarai sasaran yang disyaki menggunakan perisian cetak rompak atau tidak berlesen di seluruh negara," katanya.


Roslan berkata, maklumat berkenaan syarikat diketahui melalui talian BSA yang mana orang ramai akan melaporkan kepada mereka sekiranya mengesyaki sesuatu organisasi beroperasi menggunakan perisian haram.

"Kami sudah menggerakkan operasi bagi mengesan syarikat yang berbuat demikian sepanjang Mei lalu dan beberapa syarikat dikenakan tindakan," kata Roslan.


Katanya, tiga syarikat diserbu pada dua minggu pertama Mei termasuk organisasi yang menjalankan perniagaan reka bentuk dalaman, pembungkusan dan pengiklanan di beberapa lokasi di Lembah Klang.

"Syarikat reka bentuk dalaman di Kota Kemuning, Selangor diserbu pada 5 Mei lalu sementara dua serbuan serentak dilakukan di Shah Alam dan Kuala Lumpur pada 18 Mei," katanya.


Beliau berkata, hasil serbuan di ketiga-tiga syarikat terbabit mendapati mereka menggunakan perisian tidak berlesen untuk aplikasi AutoCAD, 3ds MAX, Photoshop, Office dan Windows XP.

"Sebanyak 14 komputer peribadi dan 42 salinan perisian disyaki cetak rompak dirampas dengan anggaran nilai RM237,800," katanya.


Menurut Roslan, walaupun terdapat denda dan penalti yang dikeluarkan mahkamah untuk mereka yang menggunakan perisian cetak rompak bagi perniagaan mereka, masih ramai berdegil untuk menggantikannya kepada perisian asli.

"Kami akan terus mengambil inisiatif berdasarkan Akta Hak Cipta dan tidak teragak-agak mengeluarkan waran tangkap kepada pengarah atau pengurus kanan syarikat yang didapati bersalah dengan kegiatan tidak bertanggungjawab," katanya.



Pengarah Kanan, AntiCetak Rompak BSA Asia Pasifik, Tarun Sawney, berkata ganjaran sebanyak RM20,000 dikekalkan kepada pemberi maklumat yang memaklumkan kepada mereka mengenai kegiatan perisian perniagaan cetak rompak.

Sambungan Internet Paling Laju Ke-rumah 40GBps

Sigbritt Lothberg,75 tahun sangat bertuah apabila mencipta rekod bukan kerana wanita tertua melayari internet tetapi memiliki sambungan internet jalur lebar terpantas didunia iaitu 40GBps.Sambungan internet ini sangat laju sehinggakan dia buleh melihat live streming High Defination TV/Video dengan jelas tanpa masalah.Kerja untuk muat turun filem video berdefinasi tinggi juga hanya memerlukan dua saat sahaja.

internet paling laju

Sepengetahuan saya,di Malaysia ni pun kelajuan sambungan paling tinggi ialah STM64 iaitu bersamaan 10GBps menggunakan perkakasan dari Arkatel dan perantara medium fiber optik.

Kenapa Sigbritt begitu bertuah mempunyai sambungan sepantas itu?Ini kerana anak nya Peter Löthberg merupakan pakar dalam bindang rangkaian router yang kini bekerja sebagai pegawai di syarikat Cisco.

Apa yang membolehkan sambungan 40GBps itu dapat dicapai dialah teknik modulasi terbaru yang di cipta oleh Peter membolehkan data dihantar diantara dua router yang mempunyai jarak 2000 kilometer tanpa sebarang alat tambahan seperti pengulang gelombang atau sebagainya.Medium perantara yang digunakan ialah fiber optik dan menurutnya dalam teori tiada had jarak bagi teknik ini asalkan fiber yang digunakan tepat pada tempatnya.

Dengan terbuktinya sambungan 40GBps itu,Peter telah membuktikan yang kita buleh mendapatkan sambungan internet berkelajuan tinggi di mana-mana sahaja dengan kos yang murah.

Menurutnya lagi bahagian yang paling susah dalam projek nya ini ialah memasang perisian windows ke dalam komputer emaknya.


P/S : Grab from http://www.iteknologi.net/2007/07/30/sambungan-internet-paling-laju-ke-rumah-40gbps/

powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme