Memaparkan catatan dengan label tips. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tips. Papar semua catatan

10 cara memenangi hati ibu mertua

Sebaik sahaja selesai diijab kabul, secara rasmi kita menjadi miliknya. Kalau dulu hanya sebagai kekasih, tetapi kini sebagai suami/isteri yang sah. Namun kita sebenarnya bukanlah hanya berkahwin dengan dirinya, bahkan juga seluruh anggota keluarganya.

Bagi yang sudah biasa bertemu dengan mertua sebelum berkahwin, tentu tidak menjadi soal. Bagaimana bagi yang tidak pernah bertentang mata dengan keluarga mertua? Pasti diselubungi rasa bimbang, apatah lagi bila memikirkan cara untuk menyesuaikan diri dengan mertua.Bagi menangani masalah tersebut, pastikan anda menyiapkan diri dengan beberapa tips yang diberikan. Persediaan diri sebenarnya bukan hanya bermula selepas sah bergelar suami/isteri, seeloknya sedari awal pertunangan lagi. Kalau kena gaya dan caranya, tidak mustahil anda akan jadi menantu kesayangan.

Sharizal's Photography


1. Sebaik sahaja anda sah sebagai tunangannya.
Mulakan berkenal kenalan dengan keluarga mertua. Andai tinggal berjauhan, hubungilah mereka melalui telefon sekadar untuk bertanya khabar. Jika duduk berhampiran, cuba sesekali luangkan waktu berkunjung ke rumahnya.


2. Ketika berkunjung, bawalah buah tangan bersama.
Sekurang-kurangnya dengan membawa kuih ataupun buah-buahan. Tetapi lebih elok jika anda membawa sesuatu yang boleh dibuat cenderahati. Misalnya dengan memberikan sepasang kain sebagai tanda kenangan.

3. Kenali sikap sebenar mertua anda.
Tanya kepada pasangan anda, apa yang disukai dan dibenci oleh mertua. Jika anda tahu apa yang disukai dan dibenci, secara tidak langsung ini boleh memberikan persediaan ketika sudah menjadi ahli keluarganya kelak.


4. Setelah berkahwin, jangan sesekalianda memarahi anaknya dihadapan mereka.
Keadaan ini memberikan gambaran sebenar sikap anda terhadap anak mereka. Situasi ini mungkin akan menimbulkan kebencian dihati mertua.

5. Setiap kali bertandang, cuba mengambil hatinya.
Dengan bercerita tentang pengalaman lucu yang boleh menghiburkan hatinya. Jangan lupa bercerita dengan sepenuh perhatian agar dia tidak rasa jemu. Ingat, jangan pula anda bercerita sesuatu yang dianggap bodoh dan boleh memalukan diri sendiri..


6. Berkongsi minat dengannya.
Kalau dia gemar bercucuk tanam, anda juga harus belajar bercucuk tanam. Kalau dia gemar memasak, tidak salah anda cuba belajar memasak daripadanya. Tunjukkan yang diri anda betul-betul berminat dengan apa yang disukai. Bagaimanapun anda dinasihatkan jangan belajar sambil lewa kerana mungkin dia beranggapan anda tidak serius.


7. Ingat hari-hari penting yang berkaitan dengan mereka.
Contohnyaseperti ketibaan Hari Ibu, Ulang Tahun Perkahwinan, Hari Bapa dan Hari Lahir, jangan lupa menelefon mengucapkan sesuatu. Lebih baik jika anda berkunjung ke rumahnya dengan membawa hadiah. Atau anda juga boleh membuat kejutan dengan mengadakan majlis untuk mereka.


8. Paling penting, jaga pertuturan anda.
Jika sebelum ini anda seorang yang ‘mulut lepas’, anda dinasihatkan agar menjaga pertuturan anda. Kata orang, kerana mulut, badan binasa. Jadi berhati-hati ketika menuturkan sesuatu di hadapan mereka. Jangan sampai menyinggung perasaan keluarga mertua.

9. Setelah selesai majlis kenduri, pastikan andaringan tulang membantu mengemaskan apa yang patut.
Terutamanya jika kenduri dilakukan dengan memasak sendiri. Pasti banyak barang yang patut dibasuh seperti periuk,kuali, gelas atau pinggan mangkuk. Walaupun anda keletihan, tetapi cuba sibukkan diri dengan menolong apa yang patut. Tetapi jika majlis dilakukan secara katering, cubalah mengemas apa yang patut di dalam atau luar rumah.


10. Cuba mengasihani keluarga mertuaseperti anda menyayangi keluarga sendiri.
Anggaplah mereka sebahagian daripada darah daging sendiri supaya hubungan akan bertambah mesra dan berkekalan hingga ke akhir hayat.Walaupun jika ditakdirkan anda tiada jodoh dengan anak mereka, pastikan anda sentiasa menghubungi mereka walaupun sekadar bertanya khabar sahaja.

Spectrum Desktop Wallpaper

Salam,
Menarik sungguh aku gk wallpaper yang aku hambek dari sini. Teruja je aku tengok...

Rainbow by dardan

Rainbowfest by manicho

4 wallpapers zipped, wide/full ratios for displays up to 30"/19".

Colours of the Rainbow by mallorcaa

Rainbow Bolt Wallpaper Pack by SemanticOne

The Wack Twister by DJ-Takahashi

Rainbow by nathan

Wallpaper colorful by payalnic

Rainbow licks WP by SfinxMagnum

Colorful Desktop Candy by alsnd12

Colorful World 01 by mediablade

Rainbow by Dipschmidt

Spectrum by GRlMGOR

Radial Rainbow by skepnaden

The wallpapers comes in 1600×1200 (4:3) and 1600×9000 (16:9) resolutions.

Accidents Happens 2 by iixo

Rainbow on a Evening Shower by Almighty-Bazaa

Rainbow by dewaynesmith

To-Be-Free-Wallpaper- by silwenk

Spektra & Spektra2 by hypoxic

Specktra widescreen wallpaper pack.

Specktra 2 widescreen wallpaper pack.

Colorful by souhail88

Razor by Kamikaze00X

Available in these following sizes: 2560×1600, 1920×1440, 1680×1050, 1440×900, 1280×800

Trippy by majinshadow

Rainbow Ocean by Thelma1

Rainbow Concepts by jugga-lizzle

Agony by ciokkolata

Rainbow Wave Length

Website Calculator - Kira harga blog ~

salam,

Korang mesti teruja kan klo dapat tau harga blog korang berapa USD... cuba la tengok kat sini. Mungkin korang boleh nilai sendiri apa yang korang masukkan setiap hari tu berbaloi atau tidak. selain daripada itu byk la tool-tool lain kat sana tu... korang tengok la sendirik..


korang bleh jugak bandingkan harga blog korang ngan blog memember korang... at least bleh la jugak berlagak... hehehe

ape-ape pun nak balik umah dah ni... besok plak ke sambung blogging...
Ok... salam BK buat korang...
Chows~

Masukkan ‘Copy To’ and ‘Move To’ Command

copyto_moveto-0

Bertemu kita kembali pada entri terbaru blog aku ni… Dan seperti biasa aku nak kongsi satu tips yang berguna untuk memudahkan anda menyalin atau memindahkan fail² anda dalam komputer… Tak perlu lagi anda membuka beberapa Windows Explorer semata² untuk menyusun fail² komputer anda…

Seperti yang anda lihat, gambar di atas telah merumuskan bahawa kita akan menambahkan fungsi “Copy To Folder” dan “Move To Folder” ke dalam fungsi arahan pada Windows… Dari situ ia akan memudahkan anda untuk copy atau move fail² yang anda kehendaki… Jom kita tengok caranya…

1. Buka ‘Run’ dengan menekan butang Windows+R dan kemudiannya taip regedit… Pada Registry Editor, cari direktori HKEY_CLASSES_ROOT \ AllFilesystemObjects \ shellex \ ContextMenuHandlers seperti rajah di bawah…

2. Pada direktori ContextMenuHandlers, klik kanan dan cipta Key baru dan namakannya sebagai ‘Copy To‘…

copyto_moveto-1

copyto_moveto-2

3. Setelah menamakan Key tersebut, pergi ke tab sebelah kanan seperti rajah di atas dan dwi-klik string yang bernama default. Paparan seperti rajah di bawah akan muncul, dan kini anda letakkan Value data berikut: {C2FBB630-2971-11D1-A18C-00C04FD75D13}

copyto_moveto-3

4. Klik OK dan anda akan lihat paparan seperti di bawah terhasil…

copyto_moveto-4

5. Ulangi langkah 2 hingga 4 bagi Key ‘Move To‘ pula dan masukkan Value data berikut: {C2FBB631-2971-11D1-A18C-00C04FD75D13}

copyto_moveto-5

Selesai tutorial untuk kali ini… Anda bolehlah klik kanan pada mana² fail yang ingin disalin atau dipindahkan, dan anda akan lihat ada 2 fungsi baru kelihatan pada senarai yg ada… Sekian…

powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme