iPad UI gets ported to the iPhone and iPod touch

At this particular point, 50-something days away from the earliest iPad deliveries, we doubt too many people are up in arms about the iPad's ability to act as a jumbo iPhone. On the other hand, if we told you you can take pretty much the entire iPad experience and distill it down to your iPhone OS device, well you'd probably care a lot more, wouldn't you? To get that extra 3D flavor to your UI, including the fetching iBooks shelf and other iPad-specific touches, you'll need a jailbroken iPhone or iPod touch, access to the Cydia app store, and the manpower to click past the break for the full instructional video. Come on, you know you want to.

[Thanks, Taimur]

Pengumuman Buat Semua Pelawat

Kepada semua yang di hormati,



Dengan ini ery nak bagitahu bahawa benangkasar dah pindah ke TIN KOSONG.
Oleh itu, posting di benangkasar akan di sambung di TIN KOSONG.

Namun, benangkasar akan tetap berada di dalam dunia blog dan sentiasa mempunyai info yang terkini buat anda semua.

Sekian, Terima Kasih Di atas Sokongan Anda.

Ery~

Gambar : Ukiran Kayu Menakjubkan

Hati-hati bila makan di McD

Salam,

Sebenarnya cam lawak pulak tengok photo ni. Boleh pulak tergoreng kepala sekali. Apa la punya kitchen crew, takkan kepala pn boleh tak perasan. Actually, perkara ni careless mistake je dan tak perlu pun di perbesarkan. Tapi, klo dah nak di perbesarkan kita kena besar-besarkan lah.. Heheh... Hopefully perkara begini tidak berlaku kat malaysia. Kalau berlaku jugak, confirm aku boikot McDonalds.




Salam Tulus Ikhlas,



Tetikus pertama di dunia

Pernah tak korang terfikir camner rupa mouse/tetikus yg pertama di dunia?? Di cipta oleh Hencek Douglas Engelbart pada tahun 1969. Nah, layan ye..

http://www.geekologie.com/2007/10/02/first-mouse-2.jpg
Wah.. siap pecah2 dah...



douglas engelbart first mouse invention

http://sloan.stanford.edu/MouseSite/Archive/patent/mouse2s.gif


- Posted using BlogPress from my iPod

Boeing 737 AirAsia terbabas di K. Kinabalu

KOTA KINABALU 7 Nov. - Sebuah pesawat Boeing 737-300 milik syarikat penerbangan AirAsia terbabas ketika melakukan pendaratan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu di sini petang ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.10 petang itu, dua juruterbangnya cedera ringan, namun semua 116 penumpang termasuk lima anak kapalnya bagaimanapun terselamat.

Mangsa yang cedera diberi rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Queen Elizabeth (QEH) di sini.

Gambar Tengok Kat Ikan Stim

Dalam insiden tersebut, pesawat penerbangan AK104 dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu itu terbabas di hujung landasan berikutan hujan lebat yang melanda sejak petang.

Berikutan kejadian itu juga, semua penerbangan keluar dan masuk di lapangan terbang tersebut ditunda buat sementara waktu.

Jurucakap keselamatan berkata, lima penerbangan yang dijadualkan berlepas dari Kota Kinabalu dibatalkan manakala pendaratan masuk dihalakan ke lapangan terbang berdekatan.

``Ini termasuk menghalakan pesawat supaya mendarat di Lapangan Terbang Sandakan dan Tawau,'' katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini hari ini.

Tinjauan Utusan Malaysia di tempat kejadian mendapati, roda hadapan pesawat itu patah manakala muncung pesawat rosak akibat terkena landasan.

Pesawat tersebut dilihat tersasar ke bahagian kiri landasan dengan keadaan bahagian hadapannya kelihatan menjunam ke landasan.

Sebanyak 30 petugas di lapangan terbang dikejarkan ke tempat kejadian dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat serta ambulans.

Kejadian itu berlaku kira-kira sejam selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mendarat di lapangan terbang tersebut untuk lawatan kerja setengah hari ke Kota Kinabalu.

Seorang penumpang yang hanya mahu dikenali sebagai Ziela berkata, ia merupakan pengalaman paling menakutkan di dalam dirinya.

``Saya sangka kami akan mati apabila seluruh pesawat bergoncang kuat sehingga pesawat itu berhenti di hujung landasan,'' katanya.

Seorang lagi penumpang, Raymond Dunker berkata, akibat kejadian itu seorang daripada tiga anaknya mengalami kecederaan di bahagian tangan kiri.

``Ketika mendarat, dia (anak) terjatuh di tepi pintu kecemasan menyebabkan tangannya tercedera. Dua lagi anak saya yang lain masih terperanjat dengan insiden tersebut,'' katanya.

Sementara itu seorang saksi, Theresa Chong berkata, beliau nampak pesawat tersebut mendarat dalam keadaan tidak stabil.

Katanya, sejurus selepas mendarat beliau yang berada tidak jauh dari tempat kejadian melihat asap putih keluar dari perut pesawat.

``Selepas itu pesawat tersebut membrek kecemasan dan menyebabkan keluar asap hitam sebelum terbabas,'' katanya.

Di KUALA LUMPUR, AirAsia dalam satu kenyataan berkata, akibat hujan lebat dan cuaca buruk, pesawat AirAsia yang menuju Kota Kinabalu dari Kuala Lumpur terbabas sedikit dari landasan ketika mendarat di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

``Ketika keluar dari pesawat, dua daripada penumpang mengalami cedera ringan. Kakitangan AirAsia memberikan respons serta-merta dan penumpang berkenaan dihantar untuk mendapatkan rawatan,'' kata kenyataan itu.

Kenyataan itu juga memberitahu, semua penumpang lain selamat dan penerbangan AK 104 ketika itu membawa 110 penumpang, seorang bayi dan lima anak kapal.

Gambar Tengok Kat Ikan Stim

Sumber : http://utusan.com.my

Ban Nike Product

Ni dah kira main kasar ni. Itu pun ada lagi umat islam yang masih support Nike. Tak tau la nak wat cam ne lagi. Moh la kita boikot produk yang menghina islam. Tulisan dia memang nampak cam tulisan biasa tapi apa maksud tulisan tu?. Tak kan nama ALLAH nak boh kat kaki kot.


Complaint la kalau berani!!

Kalau rasa tak puas hati sangat complaint la, tapi ambil nombor dulu yer. Ikut giliran OK…


Kereta Idaman

Sejak mula di perkenalkan oleh hencek mazda pada tahun 2005 dulu aku start minat ngan kereta ni. Tapi apakan daya Gen2 je yang termampu. Namun, suatu hari nanti akanku rembat duit bapakku untuk beli mazda 6 ini untuk ke pasar tani.


Dengan enjin V6 ni la aku akan ke pasar tani untuk menjual cili nanti



Untuk maklumat lanjut layari : mazda6
Apa kereta impian korang?
Ferarri? Roll Royce? Bugatti Veyron??
Uh.. Ok... Kita tengok sapa dapat beli kereta idaman dulu.

Tak De Posting Ke Hari Ni?

Adoi, penatnya la hari ni. kerja pun banyak, sampai tak menyempatkan nak posting ape-ape. Neway, supaya korang tetap berkunjung kat sini. Aku nak kongsi ngan korang 1 link mp3 yang aku ade dalam koleksi aku sekarang ni.

Sebelum tu kita berkenalan dengan band dia dulu.


Sape kenal 3 budak yang pakai baju the godfather ni??

Kalau korang nak tahu ini la dia band the lucky laki. The Lucky Laki adalah sebuah band yang dianggotai oleh anak2 gitaris Dewa19 iaitu Ahmad Dhani. The Lucky Laki popular dengan lagu mereka yang berjudul “Bukan Superman”. Lagu ini dicipta sendiri oleh Ahmad Dhani untuk anak-anaknya. Ini Link Dia kalau nak download. Kalau tak nak download nak tgk video klip dia scroll ke bawah yerk. Jangan lupe komen dan tinggalkan tapak kaki kat monitor korang yerk. ehehe


Dol (vokalis utama + pemain bass)


Al (gitaris + vokal)

El (pemain drum + vokal)






Salam Tulus Ikhlas,



powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme