Hati-hati bila makan di McD
Sebenarnya cam lawak pulak tengok photo ni. Boleh pulak tergoreng kepala sekali. Apa la punya kitchen crew, takkan kepala pn boleh tak perasan. Actually, perkara ni careless mistake je dan tak perlu pun di perbesarkan. Tapi, klo dah nak di perbesarkan kita kena besar-besarkan lah.. Heheh... Hopefully perkara begini tidak berlaku kat malaysia. Kalau berlaku jugak, confirm aku boikot McDonalds.
Salam Tulus Ikhlas,
Tetikus pertama di dunia
Wah.. siap pecah2 dah...
- Posted using BlogPress from my iPod
Boeing 737 AirAsia terbabas di K. Kinabalu
Dalam kejadian kira-kira pukul 5.10 petang itu, dua juruterbangnya cedera ringan, namun semua 116 penumpang termasuk lima anak kapalnya bagaimanapun terselamat.
Mangsa yang cedera diberi rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Queen Elizabeth (QEH) di sini.
Gambar Tengok Kat Ikan Stim
Dalam insiden tersebut, pesawat penerbangan AK104 dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu itu terbabas di hujung landasan berikutan hujan lebat yang melanda sejak petang.
Berikutan kejadian itu juga, semua penerbangan keluar dan masuk di lapangan terbang tersebut ditunda buat sementara waktu.
Jurucakap keselamatan berkata, lima penerbangan yang dijadualkan berlepas dari Kota Kinabalu dibatalkan manakala pendaratan masuk dihalakan ke lapangan terbang berdekatan.
``Ini termasuk menghalakan pesawat supaya mendarat di Lapangan Terbang Sandakan dan Tawau,'' katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini hari ini.
Tinjauan Utusan Malaysia di tempat kejadian mendapati, roda hadapan pesawat itu patah manakala muncung pesawat rosak akibat terkena landasan.
Pesawat tersebut dilihat tersasar ke bahagian kiri landasan dengan keadaan bahagian hadapannya kelihatan menjunam ke landasan.
Sebanyak 30 petugas di lapangan terbang dikejarkan ke tempat kejadian dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat serta ambulans.
Kejadian itu berlaku kira-kira sejam selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mendarat di lapangan terbang tersebut untuk lawatan kerja setengah hari ke Kota Kinabalu.
Seorang penumpang yang hanya mahu dikenali sebagai Ziela berkata, ia merupakan pengalaman paling menakutkan di dalam dirinya.
``Saya sangka kami akan mati apabila seluruh pesawat bergoncang kuat sehingga pesawat itu berhenti di hujung landasan,'' katanya.
Seorang lagi penumpang, Raymond Dunker berkata, akibat kejadian itu seorang daripada tiga anaknya mengalami kecederaan di bahagian tangan kiri.
``Ketika mendarat, dia (anak) terjatuh di tepi pintu kecemasan menyebabkan tangannya tercedera. Dua lagi anak saya yang lain masih terperanjat dengan insiden tersebut,'' katanya.
Sementara itu seorang saksi, Theresa Chong berkata, beliau nampak pesawat tersebut mendarat dalam keadaan tidak stabil.
Katanya, sejurus selepas mendarat beliau yang berada tidak jauh dari tempat kejadian melihat asap putih keluar dari perut pesawat.
``Selepas itu pesawat tersebut membrek kecemasan dan menyebabkan keluar asap hitam sebelum terbabas,'' katanya.
Di KUALA LUMPUR, AirAsia dalam satu kenyataan berkata, akibat hujan lebat dan cuaca buruk, pesawat AirAsia yang menuju Kota Kinabalu dari Kuala Lumpur terbabas sedikit dari landasan ketika mendarat di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.
``Ketika keluar dari pesawat, dua daripada penumpang mengalami cedera ringan. Kakitangan AirAsia memberikan respons serta-merta dan penumpang berkenaan dihantar untuk mendapatkan rawatan,'' kata kenyataan itu.
Kenyataan itu juga memberitahu, semua penumpang lain selamat dan penerbangan AK 104 ketika itu membawa 110 penumpang, seorang bayi dan lima anak kapal.
Gambar Tengok Kat Ikan Stim
Ban Nike Product
Complaint la kalau berani!!
Kereta Idaman
Dengan enjin V6 ni la aku akan ke pasar tani untuk menjual cili nanti

Untuk maklumat lanjut layari : mazda6
Apa kereta impian korang?
Ferarri? Roll Royce? Bugatti Veyron??
Uh.. Ok... Kita tengok sapa dapat beli kereta idaman dulu.
Tak De Posting Ke Hari Ni?
Sebelum tu kita berkenalan dengan band dia dulu.
Sape kenal 3 budak yang pakai baju the godfather ni??

Dol (vokalis utama + pemain bass)
Al (gitaris + vokal)
El (pemain drum + vokal)Salam Tulus Ikhlas,
Ada Apa Dengan Ipod Touch

Ape yang best sangat Ipod Touch ni?
iPod touch boleh buat korang rasa best gile tau. Bukan sahaja untuk dengar MP3, namun dengan ipod touch ni korang boleh menonton movie, main game, surf internet dan macam-macam lagi lah.
Ipod Touch ni ada 3 saiz, 8GB, 32GB dan 64GB
1,750 songs
10 hours of video
RM 779.00
32GB
7,000 songs
40 hours of video
RM 1,199.00
64GB
14,000 songs
80 hours of video
RM 1,599.00
Sumber : http://www.apple.com/my/
Bukan senang tau nak ada gadget macam ni. Melainkan dari hadiah birthday. Hehehe.. Ipod Touch ni ada built-in wi-fi, so kita boleh online kat mana-mana yang ada sediakan service hotspot. So, nanti boleh la update blog kat kopitiam jer.
Kalau korang peminat game, memang sesuai la ipod touch ni sebab gadget ni dah ada build-in accelerometer, Multi-Touch, Wi-Fi, and Bluetooth. Jadi, keseronokan memiliki ipod touch ni sememangnya tiada penghujung.
Uh.. Ini dia bluebooth punya device dlm ipod touchSekian review dari saya mengenai ipod touch 2G. Untuk pengetahuan korang birthdayku pada 29 Disember. So, tinggal beberapa hari je lagi ni.. prepare la ape yang patut ye.. hehehe
Salam Tulus Ikhlas,
Isnin, Januari 11, 2010
ery
, Posted in

