tanda 100 sebelum kematian

Assalam Mu'alaikum Wbrth!!!
Pertama sekali entry ini bukan untuk menakut-nakutkan korang. Hanya sekadar panduan untuk meneruskan kehidupan ini. Setiap yang hidup pasti akan menemui kematian. Oleh itu ketahuilah bila waktu kematian kita akan sampai. Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.



Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.



Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.

Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

TANDA 40 HARI
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.

Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

TANDA 7 HARI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar
di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

TANDA AKHIR
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri menantikan kedatangan Malaikat Maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.


Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijak!!!
Saling berpesan2lah sesama kita........ .

10 Rahsia Cinta

10 Rahsia Cinta

1. Kekuatan berfikir
Cinta bermula dari fikiran kita. Berfikir tentang pasangan ideal yang ingin kamu kenali akan membantu kamu mengenali dia, ketika kamu akhirnya bertemu dengan orang yang tepat tersebut.


2. Kekuatan untuk menghormati
Kamu tidak mampu mencintai seseorang atau apasaja kalau kamu tidak menghormati mereka. Orang pertama yang patut kamu hormati ialah dirimu sendiri. Untuk mulai menghormati diri sendiri, kita patut bertanya pada diri sendiri "apa yang aku hormati dalam diriku?". Untuk mendapat perasaan hormat dari orang lain, bahkan dari orang yang kamu tidak suka, kita patut bertanya pada diri sendiri."apa yang aku hormati dalam diri mereka?".

3. Kekuatan untuk memberi
Jika kamu mahu menerima cinta, kamu harus mampu memberikannya terlebih dahulu. Makin banyak cinta kamu beri, makin banyak yang akan kamu terima. Mencintai sama ertinya dengan memberi cinta tulus pada dirimu sendiri. Belajarlah untuk melakukan berbagai macam kebaikan. Formula rahsia untuk meciptakan hubungan yang ceria,penuh cinta,dan abadi adalah dengan selalu berfikir "Apa yang dapat aku beri?"dan bukan Apa yang akan aku dapat?".



4. Kekuatan persahabatan
Untuk mencari cinta sejati,kamu mesti mencari sahabat sejati terlebih dahulu. Cinta bukan bererti mata kalian saling berpandangan, tapi lebih bererti
bersama - sama melihat ke satu tujuan. Untuk mencintai seseorang seutuhnya, kamu harus mencintai keperibadiannya, bukan fizikalnya. Persahabatan
adalah tanah dimana benih cinta dapat tumbuh. Jika kamu ingin membawa cinta ke suatu hubungan, kamu harus menciptakan persahabatan terlebih dahulu.

5. Kekuatan dari sentuhan
Sentuhan adalah salah satu ekspresi cinta yang paling kuat, menghancurkan dinding pemisah dan menyatukan suatu hubungan. Sentuhan membuat kita lebih dapat merasakan getaran cinta yang sebenarnya.Tetapi agama Islam melarang kita bersentuh-sentuhan tatkala bercinta, kekuatan ini difokuskan kepada suami isteri..

6. Kekuatan untuk melepaskan
"Jika kamu mencintai seseorang, bebaskanlah dia. Jika dia kembali kepadamu,maka dia adalah milikmu. Jika tidak, maka dia tidak akan pernah jadi milikmu". Bahkan dalam hubungan percintaan, seseorang perlukan ruang untuk dirinya sendiri. Jika kita mahu belajar untuk mencintai, pertama kita harus belajar
untuk memaafkan dan melupakan masa lalu yang buruk serta kedukaan hati kita. Mencintai bererti melepaskan rasa takut, curiga, dan ego. "Hari ini aku melepaskan semua rasa takutku, masa lalu tidak akan dapat mempengaruhiku- hari ini adalah lembaran baru bagi hidupku".

7. Kekuatan dalam komunikasi
Ketika kita belajar untuk berkomunikasi secara terbuka dan jujur, hidup lalu berubah. Mencintai seseorang bererti berkomunikasi dengannya. Biarkan orang yang kamu cintai tahu bahawa kamu mencintai dan menghargainya. Jangan pernah takut untuk mengucapkan 3 kata magik : "Aku cinta kamu". Jangan pernah melewatkan kesempatan untuk mengucapkan itu kepadanya. Selalu tinggalkan orang yang kamu cintai dengan kata - kata mesra, kerana ia mungkin boleh jadi hari terakhir kamu melihatnya. Contohnya, jika kamu akan mati tapi diberi kesempatan untuk menelefon orang yang kamu cinta, siapa yang akan kamu telefon, apa yang akan kamu katakan...dan sekarang...kenapa kamu menunggu?

8. Kekuatan dari komitmen
Jika kamu ingin mendapatkan cinta yang berlimpah, kamu harus mampu menciptakan komitmen, dan komitmen tersebut akan tercermin dalam fikiran dan tindakanmu. Komitmen adalah ujian cinta yang sejati. Jika kamu ingin memiliki hubungan yang penuh cinta, kamu harus setia dengan hubunganmu itu. Ketika kamu terikat komitmen pada seseorang, berhenti mencintainya bukan merupakan pilihan. Komitmenlah yang membezakan antara hubungan yang mudah hancur, dengan hubungan yang kuat.

9. Kekuatan semangat.
Semangat, membakar cinta dan membiarkan cinta tetap hidup. Semangat yang terus berkobar, bukan hanya datang dari daya tarik fizikal, tapi datang dari komitmen yang dalam, kemahuan, dan rasa saling tertarik. Semangat dapat diciptakan kembali dengan cara membayangkan saat indah di masa lalu dengannya. Spontan dan kejutan dapat menciptakan semangat cinta. Pokok dari cinta dan kegembiraan selalu sama yang harus kita lakukan adalah mengisi hari - hari kita dengan penuh semangat.

10. Kekuatan dari rasa percaya
Rasa percaya selalu menjadi komponen penting dalam suatu hubungan. Tanpa rasa percaya, seseorang bisa menjadi curiga, cemas, dan takut dan orang lain akan merasa terperangkap dan secara emosional menjadi tertekan. Kamu tidak boleh mencintai seseorang secara utuh sehinggalah kamu mempercayainya secara utuh pula. Bersikaplah seakan - akan hubunganmu dengan orang yang kamu cintai tidak akan berakhir. Salah satu cara untuk mengetahui apakah seseorang itu benar - benar untuk kamu, tanyakanlah pada dirimu sendiri "Apakah aku benar - benar mempercayainya sepenuh hati ?" jika jawapannya adalah "tidak", maka kamu harus berfikir dengan mendalam sebelum kamu membuat komitmen yang lebih jauh dengannya.

Letter to Mr Bill Gates

Kepada yang tak tau english...
Tok sah baca la erk...
tak sempat nak translate.. hehehe


Dear Mr. Bill Gates,

We have bought a computer for our home and we have found some problems, which I want to bring to your notice.

1. There is a button 'start' but there is no 'stop' button. We request you to check this.

2. We find there is 'Run' in the menu. One of my friends clicked 'run' he ran up to Amritsar! So, we request you to change that to 'sit', so that we can click that by sitting.

3. One doubt is whether any 're-scooter' is available in system? I find only 're-cycle', but I own a scooter at my home.

4. There is 'Find' button but it is not working properly. My wife lost the door key and we tried a lot trace the key with this 'find' button, but was unable to trace. Please rectify this problem.

5. My child learnt 'Microsoft word' now he wants to learn 'Microsoft sentence', so when you will provide that?

6. I brought computer, CPU, mouse and keyboard, but there is only one icon which shows 'MY Computer': when you will provide the remaining items?

7. It is surprising that windows says 'MY Pictures' but there is not even a single photo of mine. So when will you keep my photo in that.

8. There is 'MICROSOFT OFFICE' what about 'MICROSOFT HOME' since I use the PC at home only.

9. You provided 'My Recent Documents'. When you will provide 'My Past Documents'?

10. You provide 'My Network Places'. For God shake please do not provide 'My Secret Places'. I do not want to let my wife know where I go after my office hours.

Regards,

Banta

Last one from me to Mr Bill Gates :

Sir, how is it that your name is Gates but u are selling WINDOWS?

"Uncle sebelah buat apa tu Abah?"

Sesuatu utk kiter pikir2kan... .. ada kebenaran nyer.

Assalammu'alaikum waramatuhllahi wabarakahtuh. ..

Hidup di kalangan masyarakat majmuk kebanyakan kita akan berjiran dengan keluarga yang bukan Islam. Bagi kaum Tionghua dan Hindu mereka selalu mempunyai tempat penyembahan masing-masing, kaum Cina mungkin di luar rumah manakala Hindu di dalam rumah.

Bila kaum Cina yang beragama Taoisme atau Buddha sering melakukan upacara penyembahan mereka di luar, anak-anak kita yang masih kecil akan lihat, dan mungkin pernah bertanya kepada kita....

"Uncle sebelah buat apa tu Abah?"

Dan secara amnya, kita akan menjawab...

"dia org tgh sembahyang atau tengah sembah tuhan dia"

jawaban itu tuan-tuan, nauzubillah sebenarnya syirik.... Kerana ia bercanggah dengan prinsip dua kalimah syahadah kita.. "tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH" tetapi apabila kita memberikan jawaban ... "dia tengah sembah tuhan dia" kita menggambarkan pada anak kita bahawa ada tuhan yang lain dari ALLAH,

kita memberi gambaran pada anak kita, bahawa, kaum Cina punya satu tuhan, India satu tuhan, Kristian satu tuhan...dan cara mereka menyembah tuhan mereka lain dr kita.

Sedangkan kita mengucap kalimah kita

"tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH"
Jadi mana datangnya konsep atau pengertian
" dia sedang sembah tuhan dia"

Sekiranya jawaban ini diteruskan.. ...maka anak kita akan terus keliru

dengan konsep dan prinsip syahadah kita "tiada tuhan yang disembah

melainkan ALLAH"

Jawaban yang sebenarnya, " Anak, pertamanya perlu faham, tuhan kita dengan tuhan uncle sebelah sama, kerana ada hanya satu tuhan sahaja iaitu ALLAH, tapi cara dia menyembah tuhan itu salah"

Jangan ambil mudah jawaban yang diberikan kepada anak, kerana jawaban yang salah akan hanya merosakkan atau setidak-tidaknya akan kelirukan mereka. Sekadar mengamalkan "sampai dan menyampaikan" .

Sekiranya apa yang disampaikan di sini atas kelemahan diri sendiri dan yang baik datang dari ALLAH..

Apa yang disampaikan di sini ialah pemahaman sendiri ,sekiranya ada pihak yang mempunyai idea dan jawapan yang lebih baik.....


6 perkara yang Allah sembunyikan

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail As dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 Sayap yang panjang , sayap itu antara Timur Dan barat ( Ada
pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:
"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik
daripada aku?."

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud..
"Tidak"



Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur
kepada Allah swt. Dan tiap-tiap rakaat itu Lamanya 20,000 tahun. Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang
Bermaksud.
"Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah
yang bersungguh-sungguh, Dan tidak Ada Seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi Yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah Dan sentiasa berdosa, Sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu Dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat Atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."


Kemudian Jibrail as berkata:
"Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan Kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermaksud.
"Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat Tinggal..."

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga
Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat Izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail As dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua Sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah Malaikat Jibrail as selama 300 tahun sehingga IA merasa letih Dan lemah Dan akhirnya Dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon Dan dia sujud Kepada Allah SWT lalu IA berkata dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? "


Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud.
"Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun Dan Meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti Yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah Kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... ."


Marilah sama2 Kita fikirkan Dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam

Perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan Redha-Nya dalam taat.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).

* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) Hari kiamat di dalam semua hari.

Semoga Kita mendapat berkat daripada Ilmu ini. Wallahualam

janji nye bang



Suatu ketika mandilah seorang lelaki di air terjun nan indah…
Mandilah dia dengan menanggalkan semua pakaiannya.. .
Dan berkecipak-cipuk bermain dengan air…
Dari kejauhan datanglah seorang Maknyah berjalan Dan mendekati,
lalu mengintip lelaki tersebut yang sedang mandi… maknyah sedang asyik menikmati pemandangan tersebut. ..
lalu…
oOoopsS !!! Maknyah tersebut tidak sengaja terpijak ranting… “KKKRRRIIIIIEEEEK”

Lelaki itu terperanjat !!!

Lelaki : SIAPA TU??
Maknyah : (diam saja… Takut kantoi)…

Oleh kerana tidak ada yang menjawab, lelaki tersebut meneruskan mandinya…
Tetapi Maknyah tersebut sekali lagi kantoi, dia jatuh terpeleot, “GUUUBRAAK”

Lelaki : SIAPA TUH AAAA ? KALAU GUA DAPAT GUA RODOK MULUT LU PAKAI KOTE GUA!!!
Maknyah tersebut keluar dari persembunyiannya sambil senyum manja lalu berkata
“…JANJI YA BANG…!”

malu

Pulang dari kekalahan dalam sebuah perlawanan persahabatan… pemain-pemain bolasepak Kg. Pandan dirundung rasa malu yang amat sangat. Kerana itu Hashim dan Roslan bercadang untuk menyamar agar tidak dikenali orang. Hashim yang menyamar sebagai koboi.. berjalan-jalan kekedai di kampungnya… Tiba-tiba seorang nenek menegurnya.. “Hey Hashim…” Kerana terkejut yang beliau masih dikenali orang…

dia segera mengubah penyamarannya.. kali ini sebagai Syeikh Arab…. Sekali lagi dia keluar ke kedai untuk membeli barang… Untuk kali kedua dia bertembung dengan nenek…. Dalam hatinya berkata.. Dia takkan mengenali aku lagi..”

Tiba-tiba nenek berkata ” Hey Hashim” Kerana kehairanan yang amat sangat… “Maaf , bagaimana nenek dapat mengenali saya?”

Nenek itu menjawab.. “La engkau ni… ini aku la… Roslan!”

berus gigi

Anak buah saya si Ilyas menjerit dari dalam bilik air dan kemudiannya datang kepada saya lalu memberitahu, ”

Pakcik, berus gigi saya terjatuh ke dalam mangkuk tandas“.

Saya kemudian menggunakan penyepit dan mengambil berus giginya keluar dari mangkuk tandas tersebut lalu mencampakkan kedua dua berus gigi dan penyepit tadi ke dalam tong sampah.

Ilyas berdiri disamping saya buat seketika dan kelihatan seperti sedang berfikir. Tidak lama kemudian dia mengambil berus gigi saya dan makcik Palina lalu berkata,

Kalau begitu, Pakcik patut buang kedua dua berus gigi ni jugak sebab minggu lepas berus gigi ni pun jatuh dalam mangkuk tandas!“.

cita-cita


Seorang guru tadika sedang memupuk rasa percaya diri kepada pelajarnya-pelajarnya. Guru tersebut meminta mereka untuk memperkenalkan diri sekaligus memberitahu tentang cita-cita mereka.

Abu berdiri dan berkata, “Nama saya Abu bin Dolah. Bila besar nanti saya ingin jadi juruterbang, jadi bolehlah saya pergi ke Australia, Eropah, Iraq dan sebagainya”.

“Bagus Abu. Terima kasih. Siapa lagi?”, tanya cikgu.

Seorang pelajar perempuan yang duduk di tepi berdiri dan berkata, “Nama saya Noni binti Samad. Kalau besar nanti, Noni nak jadi suri rumah tangga dan mempunyai anak-anak yang comel”.

“Bagus. Jadi suri rumah tangga merupakan cita-cita yang mulia. Siapa lagi?”.

Seman berdiri dan berkata,

“Saya Seman bin Leman, bila besar nanti saya bercita-cita untuk membantu Noni mencapai cita-citanya…”.


Add Video

Kerkah??


Sejak bila pulak perkataan kerkah jadi perkataan yang di iktiraf ni... aduhai hencek wartawan ni.. hehehe

Alahai Menantuku

Pak kasim seorang yg tamak harta.. dia menawarkan anak dara suntinya yg cun melecun kepada golongan yg kaya raya sahaja.. suatu hari datang la seman, seorang usahawan muda ingin melamar anak pak kasim. beliau cukup sifat tanpa cacat cela tetapi beliau malas solat.

setelah 3 hari berkahwin.. seman masih duk kat umah mentuanya. setelah azan maghrib berkumandang..pak kasim mengajak seman utk solat maghrib berjamaah. seman gelabah.. sebelum ini dia tak pernah solat. lalu seman masuk ke bilik untuk menemui isterinya. “yang.. camner ni.. abg tak penah solat ni” “takpe bang.. abg ikut je ape yg ayah buat” isterinya berbisik perlahan..

seman pun keluar untuk solat bersama pak kasim. setelah pak kasim takbir.. seman ikut takbir…lalu pak kasim membaca surah alfatihah.. “bismillahirrahmanirrahim…” seman pun turut membaca bismillah dengan lantang… “bismillahirrahmanirrahim…” aisyh! pelik menantu aku ni. mazhab mana yg dia ikut? setahu aku imam je yg baca kuat.. getus hati pak kasim.. pak kasim buat selamba. dia terus membaca surah al-fatihah. seman pun turut membaca surah al-fatihah dgn kuat seolah-olah seorang budak yg baru nak belajar mengaji. pak kasim pelik..

lalu dia terus berpaling ke belakang utk melihat seman. seman turut berpaling ke belakang kerana mengikut gerak langkah pak kasim. “ish! gila ke menantu aku ni??” pak kasim berjalan ke depan utk menjauhkan diri dari seman. seman turut berjalan ke depan mengikut langkah pak kasim.

pak kasim terus melarikan diri melalui pintu depan dan terus menuju ke sawah di tepi rumahnya. seman terus berlari mengejar pak kasim sampai ke tepi sawah. tiba-tiba pak kasim tergelincir lalu jatuh ke dalam sawah padi. seman pun turut menjatuhkan badannya ke dalam sawah seolah-olah tergelincir. pak kasim pun terus bertanya kepada seman. “seman. apesal yg ko ikut aku sampai ke sawah ni?” “ayah.. susah ye nak solat maghrib ni. baru saya tau. sampai kena berlari..”

Dukun : ”Aku takkan mati…”

Apa kesudahan filem terbitan Astro Shaw ni?? Terbengkalai atau memang dah di kira samapah? Aku tension betul la kalau promosi dah buat tup..tup.. tak keluar-keluar.

Pengarah:

Dain Iskandar Said

Penulis:
Dain Iskandar Said … Lakon layar
Huzir Sulaiman … Skrip
Dominique Hee … Idea asal

Pelakon:
Umie Aida … Diana Dahlan
Faizal Hussein … Karim
Elyana … Nadia
Adlin Aman Ramlie … Datuk Jefri Jailani
Nam Ron … ASP Talib
Sofi Jikan … Fadzil

Pekerja (crew):

Cheong Yuk Hoy … Pengarah Fotografi
Yee I-Lann … Pereka Produksi

Penerbit:
Dominique Hee … Penerbit Eksekutif
Astro Shaw Sdn Bhd … Syarikat Penerbitan Filem

Judul awal: Madu & Racun
Slogan: “Aku takkan mati…”
Jenis cerita: Drama / Triller
Bahasa: Melayu

Tayangan:
Tarikh mula tayangan umum: 2007

Urusniaga:
Kos pembikinan filem: RM2.8 juta

Teknikal:
Jenis filem: 35 mm
Corak filem: Warna

Bikin filem:
Tarikh mula penggambaran: 10 Julai 2006
Tarikh tamat penggambaran: 24 Ogos 2006
Antara lokasi penggambaran: Penjara Pudu, Kuala Lumpur

Trivia:

  1. Filem ini secara ringkas berdasarkan kisah benar kes jenayah pengamal ilmu hitam Mona Fandey yang berlaku pada 1993.
  2. Mona Fandey juga pernah menjadi penyanyi dan telah merakamkan sebuah album berjudul Diana pada 1980-an.
  3. Poster filem ini telah mula dipamerkan di pawagam pada Oktober 2006.


Evolusi Adobe Photoshop

"Adobe photoshop" tidak perlu di perkenalkan lagi. Dari budak umur kecik sampai dewasa ramai yang dah kenal apa itu adobe photoshop. Tapi tahu ke korang bila Adobe Photoshop ni di perkenalkan? Adobe Photoshop bermula pada 1987 oleh Thomas Knoll. Adobe photoshop adalah salah satu aplikasi Mac yang idgunakan untuk mencantikkan lagi foto menggunakan kreativiti pengguna aplikasi ini. Setelah dua dekad aplikasi ini berada di dalam pasaran antarabangsa, dapatkan anda bayangkan bagaimana bentuk logo aplikasi ini pada 1987??


Application Icon

Adobe Photoshop .63 (1988)
Adobe Photoshop .87 (1989)
Adobe Photoshop 1.0 (1990)
Adobe Photoshop 2.0 (1993)
Adobe Photoshop 2.5 (1993)
Adobe Photoshop 3.0 (1995)
Adobe Photoshop 4.0 (1996)
Adobe Photoshop 5.0 (1998)
Adobe Photoshop 5.5 (1998)
Adobe Photoshop 6.0 (2000)
Adobe Photoshop 7.0 (2002)
Creative Suite 1 (2003)
Creative Suite 2 (2005)
Creative Suite 3 (2007)
Creative Suite 4 (2009)

Welcome Splash / About Screen

Adobe Photoshop .07 (1988)

Adobe Photoshop .63 (1988)

Adobe Photoshop .87 (1989)

Adobe Photoshop 1.0 (1990)

Adobe Photoshop 2.0 (1993)

Adobe Photoshop 2.5 (1993)

Adobe Photoshop 3.0 (1995)

Adobe Photoshop 4.0 (1996)

Adobe Photoshop 5.0 (1998)

Adobe Photoshop 5.5 (1998)

Adobe Photoshop 6.0 (2000)

Adobe Photoshop 7.0 (2002)

Creative Suite 1 (2003)

Creative Suite 2 (2005)

Creative Suite 3 (2007)

Creative Suite 4 (2009)

Toolbars

Adobe Photoshop .63 (1988)
Adobe Photoshop .87 (1989)
Adobe Photoshop 1.0 (1990)
Adobe Photoshop 2.0 (1993)
Adobe Photoshop 2.5 (1993)
Adobe Photoshop 3.0(1995)
Adobe Photoshop 4.0(1998)
Adobe Photoshop 5.0(1998)
Adobe Photoshop 5.5(1998)
Adobe Photoshop 6.0 (2000)
Adobe Photoshop 7.0(2002)
Creative Suite 1(2003)
Creative Suite 2(2005)
Creative Suite 3(2007)
Creative Suite 4 (2009)

Workspace

Adobe Photoshop 0.63 (1988)

Adobe Photoshop 1.0 (1990)

Adobe Photoshop 2.5 (1993)

Adobe Photoshop 3.0 (1995)

Adobe Photoshop 4.0 (1996)

Adobe Photoshop 5.0 (1998)

Adobe Photoshop 5.5 (1998)

Adobe Photoshop 6.0 (2000)

Adobe Photoshop 7.0 (2002)

Creative Suite 1 (2003)

Creative Suite 2 (2005)

Creative Suite 3 (2007)

Creative Suite 4 (2009)

content entri ini di ambil dari hongkiat, Photoshop (Wikipedia), Photoshop release history (Wikipedia), Photoshop News dan Guidebook Gallery

powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme