Dukun : ”Aku takkan mati…”

Apa kesudahan filem terbitan Astro Shaw ni?? Terbengkalai atau memang dah di kira samapah? Aku tension betul la kalau promosi dah buat tup..tup.. tak keluar-keluar.

Pengarah:

Dain Iskandar Said

Penulis:
Dain Iskandar Said … Lakon layar
Huzir Sulaiman … Skrip
Dominique Hee … Idea asal

Pelakon:
Umie Aida … Diana Dahlan
Faizal Hussein … Karim
Elyana … Nadia
Adlin Aman Ramlie … Datuk Jefri Jailani
Nam Ron … ASP Talib
Sofi Jikan … Fadzil

Pekerja (crew):

Cheong Yuk Hoy … Pengarah Fotografi
Yee I-Lann … Pereka Produksi

Penerbit:
Dominique Hee … Penerbit Eksekutif
Astro Shaw Sdn Bhd … Syarikat Penerbitan Filem

Judul awal: Madu & Racun
Slogan: “Aku takkan mati…”
Jenis cerita: Drama / Triller
Bahasa: Melayu

Tayangan:
Tarikh mula tayangan umum: 2007

Urusniaga:
Kos pembikinan filem: RM2.8 juta

Teknikal:
Jenis filem: 35 mm
Corak filem: Warna

Bikin filem:
Tarikh mula penggambaran: 10 Julai 2006
Tarikh tamat penggambaran: 24 Ogos 2006
Antara lokasi penggambaran: Penjara Pudu, Kuala Lumpur

Trivia:

  1. Filem ini secara ringkas berdasarkan kisah benar kes jenayah pengamal ilmu hitam Mona Fandey yang berlaku pada 1993.
  2. Mona Fandey juga pernah menjadi penyanyi dan telah merakamkan sebuah album berjudul Diana pada 1980-an.
  3. Poster filem ini telah mula dipamerkan di pawagam pada Oktober 2006.


0 Response to "Dukun : ”Aku takkan mati…”"

powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme