Wanita Melahirkan Dalam Pesawat
Salam,
Dalam keadaan isteri yang sarat mengandung anak pertama kami, terdengar pula berita mengenai wanita yang beranak dalam flight Air Asia. Macam mana la keadaan masa tu erk. Mesti kelam kabut gila. Mahu tidak nya dengan ada orang menjerit kesakitan. takkan penumpang lain boleh dok diam kot... Ape2 pun tahniah di ucapkan kepada Liew Siaw Hsia sebab selamat melahirkan anak beliau dan dapat penghargaan dari Air Asia. Memang berbaloi-baloi. KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Seorang wanita yang mengandung tujuh bulan melahirkan bayi lelaki dalam pesawat AirAsia ketika dalam penerbangan dari Pulau Pinang ke Kuching, malam tadi.
Liew Siaw Hsia, 31, selamat melahirkan bayi pramatang dengan bantuan seorang doktor yang dikenali sebagai Ronald dan krew pesawat itu yang menyediakan tempat sesuai bagi membolehkan wanita berkenaan melahirkan bayinya.
Pembantu Khas Pengerusi AirAsia Edd Razhe berkata wanita itu mengadu sakit perut selepas kira-kira setengah jam pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Bayan Lepas Pulau Pinang pada pukul 7.05 malam.
Beliau berkata kejadian itu menyebabkan penerbangan AK5606 itu terpaksa mengalihkan laluan ke Terminal Penerbangan Murah (LCCT) di Sepang.
"Sebaik mendarat, ambulans yang telah sedia menunggu di lapangan terbang itu terus membawa wanita berkenaan bersama bayinya ke Hospital Putrajaya untuk rawatan," katanya ketika dihubungi di sini, Khamis.
Edd berkata sebagai tanda penghargaan, AirAsia akan memberikan penerbangan percuma kepada Liew dan bayinya ke semua destinasi penerbangan untuk seumur hidup.
Beliau berkata Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Datuk Seri Tony Fernandes, yang berada di Bangkok, Thailand, akan pulang ke Kuala Lumpur bagi meraikan kelahiran bayi itu pada satu majlis istimewa di Hospital Putrajaya petang ini.
"AirAsia juga meminta Dr Ronald yang sama-sama membantu menyambut kelahiran bayi itu agar menghubungi AirAsia untuk diberikan penghargaan atas jasa dan bantuan yang diberikan," katanya.
Salam Tulus Ikhlas,
Mmg rezki anak dia la tu...
Pengalaman yg amat berbaboi2...
blh terbang sesuka hati seumur hidup air asia..
aduhai bestnye dapat terbang seumur hidup.. rasanya ade syarat kot. seminggu sekali je boleh kot..
huhuhuhu