5 Perkara Yang Tak Patut Berlaku Semasa Tidur
1. Jangan tidur bersama jam tangan.
Jam tangan boleh mengeluarkan radioaktif. Walaupun jumlahnya tidak banyak, sedikit sebanyak ia boleh mengganggu kesihatan anda.
2. Jangan tidur dengan telefon bimbit.
Meletakkan telefon bimbit bersebelahan anda ketika tidur adalah tidak digalakkan. Walaupun ada diantara kita menggunakannya sebagai alat penggera. Para saintis telah membuktikan bahawa alatan elektrik dan elektronik termasuk telefon bimbit akan mengeluarkan sejenis gelombang yang tidak elok untuk kesihatan.
3. Jangan tidur dengan mekap yang masih melekat.
Jika anda biasa tidur tanpa mencuci solekan muka atau dimana-mana tempat di bahagian kulit, ia boleh mengakibatkan masalah kulit untuk jangka masa panjang. Solekan yang tidak dicuci boleh menghalang kulit daripada bernafas dan mendapat pengaliran udara yang sepatutnya. Anda juga akan mengambil masa yang lama untuk mendapatkan tidur yang lena.
4. Jangan tidur dengan coli/bra
Bagi perempuan pula, anda tidak digalakkan tidur dengan memakai bra kerana ia dikhuatiri menyebabkan barah payudara melalui kajian yang dijalankan oleh saintis Amerika. Memakai bra melebihi 12 jam adalah berisiko.
5. Jangan tidur dengan suami orang atau bini orang
Ini merupakan perkara yang paling tidak patut anda lakukan kerana anda dikhuatiri tidak akan bangun lagi sampai bila-bila jika suami/isteri "sleeping partner" anda itu dapat tahu hal sebenar.
Pengumuman : hanya balaks handsome dan aweks cantik sahaja di benarkan comment. Kalau rasa diri tu sebahagian dari golongan tersebut cepat-cepat comment sebelum kecantikkan dan kehenseman tu kena tarik bali.. Hehehe
Salam Tulus Ikhlas,
wa..bagus info ni.tp kalkar la tang yg last tu.hahaha