Crocs Tiruan Hangat Di Pasaran

Kakitangan Kinderdijk, Kevin Adit menunjukkan perbezaan ketara
antara kasut yang asli (atas) dan tiruan (bawah) di Kuala Lumpur baru-baru ini.


sumber kosmo.com.my

PETALING JAYA - Kinderdijk Sdn. Bhd. (Kinderdijk), syarikat pengedar produk bayi dan kanak-kanak serta kasut berjenama Crocs di Malaysia, bimbang dengan penjualan berleluasa kasut tiruan Crocs di pasaran tempatan termasuk di bazar, pasar malam dan Internet.

Pengarah Urusan Kinderdijk, Gwei Tze-Co berkata, ekoran laporan yang telah dikeluarkan akhbar The Washington Post baru-baru ini yang memaklumkan bahawa syarikat Crocs telah muflis ia menyebabkan berita negatif mengenainya disebarkan di seluruh negara.

Lebih memburukkan keadaan apabila terdapat dakwaan bahawa kilang syarikat itu terpaksa ditutup dan berlakunya lebihan stok.

Menurutnya, semua khabar angin ini telah menggalakkan orang ramai membeli kasut tiruan Crocs dan ia boleh memberi kesan jangka panjang kepada syarikat itu.

"Kami menafikan khabar angin itu kerana keputusan kewangan bagi Crocs Inc. bagi suku kedua tahun 2009 amat memberangsangkan dengan hasil perolehan jualan di Asia meningkat 30.5 peratus berbanding suku yang sama tahun lalu,'' katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Tze-Co menegaskan, hanya terdapat dua peruncit jualan kasut Crocs di negara ini pada masa sekarang yang memiliki kira-kira 80 pusat jualan termasuk di kedai konsep dan pusat jualan yang dibenarkan.


p/s : Patutlah aku tengok kat masjid india pun ada jual. rupanya tak ori. berhati-hati la ye. Barang china ni kurang kualiti sket. nnt taku side effect ja...

Pengumuman : hanya balaks handsome dan aweks cantik sahaja di benarkan comment. Kalau rasa diri tu sebahagian dari golongan tersebut cepat-cepat comment sebelum kecantikkan dan kehenseman tu kena tarik bali.. Hehehe

Salam Tulus Ikhlas,

0 Response to "Crocs Tiruan Hangat Di Pasaran"

powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme