Persepsiku terhadap "Pengkid"

APA juga gelaran yang diberikan kepada gadis ini sama ada tomboy, ‘pengkid,’ lesbian atau yang sama erti dengannya membawa makna yang sama kepada masyarakat, di mana golongan ini cuba menonjolkan identiti gender berlawanan daripada norma-norma biologi, moral dan sosial yang mereka miliki.Terima kasih di ucapkan kepada chunli, cupidofluv, Mufanz, cik_bintang, aam, Jarr, adamoo, morpheuzneo, Manjacat, winzpink dan semua rakan dan taulan yang sudi memberi pendapat mengenai pengkid di bincang.net

Sebelum korang teruskan pembacaan, adalah di maklumkan aku ni seorang lelaki yang mempunyai isteri. so, jika kelihatan seperti bias ke arah pengkid adalah tidak di sengajakan.

Bukan kita tidak pernah diperdebatkannya, namun sudah banyak kaji selidik dan pembentangan kertas kerja di meja-meja seminar termasuk oleh para ilmuwan, namun isu yang boleh dianggap sebagai kecelaruan gender ini bagai tidak ada kesudahan dan penghujungnya. Apakah masyarakat hanya berdiam diri di sebabkan dek isu ini tiada hubungan dengan mereka atau hanya tahu menuding jari dan melemparkan penghinaan ke arah mereka.

Pernahkah kita mempersoalkan kenapa golongan ini wujud??

Ada pendapat menyatakan bahawa pengkid ni sebenarnya datang faktor semula jadi di mana dari usia kanak-kanak lagi sudah nampak kecenderungan mereka lebih berminat kepada perempuan, selain suasana negatif ketika mereka dibesarkan seperti melihat lelaki yang disifatkan sebagai ganas seperti bapa yang tidak bertanggungjawab, kaki pukul dan sebagainya.

Dia menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap pihak media yang selalu menyiarkan isu pengkid untuk tatapan semua pembaca. Dia mendakwa pengkid wujud kerana sikap lelaki juga selepas dikecewakan berkali-kali daripada segi zahir dan batin oleh lelaki.

Saya tidak bersetuju kalau jantina dilabelkan sebagai tidak setia atau sebaliknya kerana bagi saya kesetiaan, baik , bertanggungjawap bukan hak milik satu-satu jantina. Semua sikap baik atau buruk adalah diri sendiri tak kira dia lelaki atau perempuan.


Dia berharap jangan dipaksa mereka berubah kerana jika berkahwin pun mereka bakal menyiksa si lelaki yang menjadi suami mereka dan kerana itu dia mendakwa mereka boleh dikatakan menyelamatkan institusi keluarga . Ada seorang rakannya yang ingin berubah dan berkahwin tapi akhirnya rumah tangga mereka musnah kerana hati dan nalurinya bukan untuk lelaki.

petikan : http://www.kujie2.com/isu-semasa/luahan-rasa-pengkid.html

Dalam mengendalikan kes ini, faktor kurang kasih sayang juga antara penyumbang kepada gejala ini.Apa yang dilihat hari ini, ramai ibu bapa hanya menjalankan tanggungjawab tetapi dalam jiwa mereka sebenarnya tidak melekat kasih sayang, kebahagiaan dan kemesraan. Apabila dilihat kepada peratusan individu yang terlibat dalam gejala sosial ini, golongan berpendidikan tinggi dan mempunyai asas agama mencatatkan jumlah agak tinggi. Sama ada terperangkap dengan hubungan terlarang dengan lelaki atau cinta songsang sesama jenis, golongan ini sebenarnya tidak mempunyai kemahiran sosial dan gagal mengawal emosi.

Seorang Pengkid yang bernama Win mengulas mengenai isu pengkid yang berlaku pada dirinya. Menurutnya, pengkid menjadi pilihan wanita kerana didakwa lebih memahami golongan itu, terutama apabila wujud masalah.

“Kami (pengkid) lebih mudah dekati mereka (wanita), terutama apabila ada masalah. Walaupun sehingga ada yang melakukan hubungan seks, ia masih selamat kerana sukar untuk mengandung,” katanya.

Win yang bekerja di sebuah pasar raya mengakui dia ada teman wanita meskipun sedar mereka sukar mendirikan rumah tangga.

“Ramai tidak memahami keadaan kami. Sejak kecil sampai sekarang, saya tiada naluri terhadap lelaki, malah ibu bapa tidak kisah saya berpakaian seperti lelaki.

“Saya tahu saya tidak boleh selama-lamanya begini. Satu hari nanti saya akan berubah. Jika ditakdirkan ibu minta saya kahwin dengan lelaki, saya akan paksa diri ini untuk berkahwin,” katanya.

Sumber : http://www.intro2u.net/new/2008/11/pengkid-lesbian-tomboy/

Selain daripada itu, perhatian juga harus diberikan kepada kelompok-kelompok lain yang harus dibimbing dalam masyarakat kita. Antaranya, kelompok ‘lelaki yang menyerupai wanita’ (pondan), kerana mereka juga bersalah sepertimana salahnya golongan ‘pengkid’. Malah, perlakuan ‘pondan’ yang sudah pun wujud dalam institusi-institusi pengajian tinggi harus dipandang serius dan diambil tindakan yang sewajarnya. Saya juga bersetuju dengan pandangan seorang pembaca dalam Laman Web Forum TV3 bahawa di samping masalah ‘lelaki suka lelaki’ dan ‘perempuan suka perempuan’ (homoseksual), masalah lelaki dan wanita bukan muhrim yang sering keluar bersama dan berperlakuan tidak wajar juga perlu diberikan perhatian yang serius dan dibendung.

Apa persepsi pengkid mengenai isu ini??




Apa kata korang tentang : selamat ke awek kalo kapel dengan pengkid?
bukan ke dengan lelaki lagi selamat ke..? kalo nak citer pasal kes pakwe rogol makwe tu,kalo da perangai sikap memang jenis haruan makan anak punye orang, yang gi kapel dengan die apekehal.. banyak ape laki2 yang baek2 dan sopan2 yang bole dijadikan calon menantu di mesia ini...
manjacat


Mmg la pengkid (si pompuan tu) xkn rogol aweks dia yg pompuan jugak tu...
tp xpikiaq ka silap2 hr bln ngn awek ngn (GF+BF=Pengkid) tu plk yg kena rogol...
huahahahahahaha...
selamat ke tu?????
nth la ak yg penah kapel ngn lelaki & suma mber pompuan ak kapel ngn lelaki...
so far xde lg yg kena rogol/bunuh...
selamat & bahgia je kawen smp ke jinjang pelamin (kebahgiaan yg xdpt dirasa jika bersama selamanya dgn pengkid)....
**xdpt bayangkn jd Gfku si kakak 'Peng' (Geli U.....) auuuuwwww...
winzpink

tak rogol, mungkin..
tapi bunuh??? sapa kate pompuan tak membunuh? heh
pompuan ni, kalo da sampai level takle kontrol emosi..
apepon sanggop..
pengkid tu sape? pompuan gak kan?
cupidofluv
Yg mengatakan pengkid takkan merogol / mencabul gadis temanita nya.. adalah karut semata-mata..! pengkid juga ganas.. jika kehendak nya tidak tercapai..
walau antara wanita vs wanita.. namun keganasannya.. kadang lagi ganas dari lelaki..!
maklumlah 9nafsu bertemu 9nafsu..!
morpheuzneo





Pengumuman : hanya balaks handsome dan aweks cantik sahaja di benarkan comment. Kalau rasa diri tu sebahagian dari golongan tersebut cepat-cepat comment sebelum kecantikkan dan kehenseman tu kena tarik bali.. Hehehe

Salam Tulus Ikhlas,





0 Response to "Persepsiku terhadap "Pengkid""

powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme