Malaysia Open Source Conference 2009.

sumber : http://www.infomalaya.com

Bagi pengikut, penggemar dan pengguna perisian sumber terbuka (open source), MSC Malaysia dengan kerjasama Malaysian Administrative Modernisation and Management Planning Unit (MAMPU) akan menganjurkan Malaysia Open Source Conference 2009 yang bakal berlangsung pada 31 Mei hingga 3 Jun 2009 bertempat di Berjaya Times Square dan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Antara speaker yang bakal memberi ucapan antaranya Anthony Bexter dari Google, Gen Kanai dari Mozilla Asia dan ramai lagi.

Bagi yang ingin menyertai acara ini, anda dikenakan yuran penyertaan (pendaftaran online) RM250 (Usahawan), RM120 (Kerajaan&IPT/Profesional&Geek) dan RM50 (Pelajar). Untuk makluman berkenaan yuran penyertaan, cara pembayaran yuran dan mengisi borang. Sila lawati laman PAKEJ Malaysia Open Source Conference 2009.

Selain daripada pembentangan oleh panel-panel, acara-acara lain juga diadakan seperti DEMO install dan tutorial Ubuntu, Fedora, OpenSuse, PCBSD dan Open Solaris, HACKATHON Day, pelancaran OSDC.MY dan pelbagai program lain yang menarik dan bermanfaat.

0 Response to "Malaysia Open Source Conference 2009."

powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme