Provokasi media dan benteng demokrasi rakyat Indonesia didalangi pihak ketiga

Salam blog semua,
Akhir2 ini banyak kedengaran tetang indonesia nak perang ngan malaysia...
sebenarnya rakyat indonesia ni cepat terpengaruh dengan media yang provoke
cerita ni..

http://img.youtube.com/vi/kyKY_ccGOaA/0.jpg


Memetik laporan weblog yang menamakan halaman tersebut sebagai Digital Journal, 26 September 2009, sekumpulan rakyat Indonesia yang menggelarkan dirinya sebagai Benteng Demokrasi Rakyat bercadang untuk menyerang Malaysia pada 8 Oktober 2009.

Kumpulan tersebut ditubuhkan pada tahun ini, iaitu semasa kempen pemilihan presiden Indonesia berupaya menarik perhatian segelintir rakyat Indonesia untuk melakukan sweeping terhadap rakyat Malaysia di Indonesia menggunakan buluh runcing dan membakar bendera Malaysia di Kedutaan Malaysia di Jakarta pertengaahan September lalu.

Kumpulan yang anti Malaysia itu dilihat tiak mengendahkan permohonan maaf dan tidak cuba memahami permasalahan sebenar yang cuba digembar-gemburkan oleh media mereka yang mengalami kejutan besar apabila diberikan ruang kebebasan yang besar sejak kejatuhan pentadbiran Suharto pada tahun 1998.

Sebelum ini media Indonesia seperti juga Malaysia terpaksa memohon dan mendapat kebenarakan untuk diterbitkan (izin produksi) dari pemerintah, khususnya Departmen Penerangan. Setelah Suharto disingkirkan, sewaktu Megawati Sukarnoputri menjawat jawatan Presiden Indonesia, izin penerbitan itu dihapuskan dan Departmen Penerangan dimansuhkan.

Berdasarkan laporan tersebut, Malaysia dituduh sebagai jiran yang suka mengambil hak Indonesia termasuk kebudayaan dan kedaulatan Pulau Ambalat, Semasa pilihan raya presiden mereka menggunakan isu Pulau Ambalat sebagai senjata untuk menewaskan sokongan rakyat Indonesia terhadap Susilo Bambang Yudhiyono dan menegaskan akan menggantikan kuasa tersebut jika Presiden gagal mendesak Malaysia supaya menggugurkan tuntutan tersebut.

Jika pertikaian mengenai tuntutan bertindih terhadap Ambalat tidak berpihak kepada Indonesia, mereka akan berusaha menjatuhkan presiden. Dengan tersiarnya iklah pelancongan terbaru yang dikeluarkan oleh Discovery Channel yang berpengkalan di Singapura, menyebabkan kumpulan tersebut semakin marah kepada Malaysia.

Malaysia sekali lagi dituduh mencuri artifek budaya rakyat Indonesia dengan mendakwa tarian pendet yang diamalkan oleh penganut Hindu di Pulau Bali sebagai “rompakan budaya.” Maka semakin semaraklah laporan media Indonesia mengenai kecaman “rompakan budaya” sehingga Malaysia dijuluki sebagai “Maling-sia.” Perkataan “maling” yang digunakan bagi menggambarkan sikap dan kegemaran merompak apa sahaja demi kepentingan Malaysia walaupun tepaksa menyakitkan hati rakyat Indonesia.

Ekoran daripada rasa marah tersebut, media dan kumpulan tersebut tidak mengendahkan permohonaan maaf Discovery Channel mengenai kesilapan tersebut sebaliknya terus menuduh sebuah syarikat penerbitan filem tempatan sengaja melakukannya. Isu itu kemudiannya dikembangkan dengan membangkitkan lagu Negaraku yang diambil melodinya daripada lagu Terang Bulan karya Allahyarham Saiful Bahri.

Menurut Mustar Bona Ventura, penyelaras kumpulan tersebut, setakat mereka telah berjaya merekrut lebih 1,200 orang dan dijangka lebih 300 orang lagi akan memberikan sokongan. Sepanjang minggu lalu, kumpulan tersebut berjaya merekrut lebih 600 orang di Jakarta dan dijangka lebih ramai lagi akan menyertainya.

Kumpulan tersebut turut dilaporkan telah menghantar surat bantahan kepada Kedutaan Malaysia di Jakarta dan Presiden Indonesia. Kumpulan tersebut turut mendesak Presiden Indonesia supaya mengarahkan Malaysia menutup kedutaannya di Jakarta dan menghantar balik rakyat Malaysia . Turut dituntut ialah menutup Kedutaan Besar Indonesia di Malaysia dan menghantar balik semua warganegara Indonesia yang bekerja di Malaysia termasuk pendatang tanpa izin.

Mustar turut menegaskan bahawa pada 8 Oktober 2009, seramai 1,500 orang ahli kumpulan mereka (Bendera) akan berlepas ke Malaysia melalui pelbagai cara termasuk melalui udara, darat dan laut manakala seramai 10 orang telah pun berada di Malaysia dan mereka sedang merancang untuk bertempur secara terbuka dengan rakyat Malaysia.

Namun hingga setakat masih belum menampakkan kemarahan tersebut telah menjejaskan hubungan antara dua Kerajaan. Kekeruhan hanya berlaku dalam kalangan kumpulan Bendera, manakala lebih banyak lagi kumpulan rakyat Indonesia tidak bersetuju dengan sikap kumpulan tersebut yang dilihat telah dipergunakan oleh pihak ketiga sengaja tidak mahu melihat hubungan Malaysia-Indonesia menjadi semakin akrab.

Pihak ketiga itu juga dikatakan sengaja cuba menangguk air keruh kerana menghasut dan menaja segelintir rakyat Indonesia bagi membangkitkan kemarahan. Namun, rakyat Malaysia terus berhati-hati dengan strategi kerana telah lama mensyaki bahawa ada pihak tertentu yang cuba mengaut keuntungan di atas kemelut yang bakal timbul antara Malaysia-Indonesia. Mereka menjadi semakin tersepit apabila Malaysia-Indonesia berada dalam hubungan yang akrab di mana geopolitik dan hegemoni ekonomi pihak tersebut akan turut terjejas.

Ini kerana kedua-dua negara serumpun ini mempunyai sumber bahan mentah dan komiditi perdagangan yang besar, yang sentiasa diharapkan dapat membantu memulihkan kedudukan ekonomi. Pertumbuhan ekonomi yang perlahan dan negative menyebaban pihak terbabit sanggup menggunakan apa cara bagi memecahkan benteng persahabatan, kerana dengan cara itu mereka mengharapkan Indonesia terus memberikan bantuan.

Setakat ini pihak ketiga masih belum mampu mempengaruhi keputusan dan dasar luar negara antara Malaysia dan Indonesia. Tidak ada pertelagahan antara kedua-dua pemimpin, sebaliknya antara pemimpin tertinggi semakin kuat azam untuk terus memperkukuhkan hubungan serumpun antara kedua negara, dan masing-masing dilihat saling memerlukan.




Salam Tulus Ikhlas,

0 Response to "Provokasi media dan benteng demokrasi rakyat Indonesia didalangi pihak ketiga"

powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme