Masukkan ‘Copy To’ and ‘Move To’ Command
Bertemu kita kembali pada entri terbaru blog aku ni… Dan seperti biasa aku nak kongsi satu tips yang berguna untuk memudahkan anda menyalin atau memindahkan fail² anda dalam komputer… Tak perlu lagi anda membuka beberapa Windows Explorer semata² untuk menyusun fail² komputer anda…
Seperti yang anda lihat, gambar di atas telah merumuskan bahawa kita akan menambahkan fungsi “Copy To Folder” dan “Move To Folder” ke dalam fungsi arahan pada Windows… Dari situ ia akan memudahkan anda untuk copy atau move fail² yang anda kehendaki… Jom kita tengok caranya…
1. Buka ‘Run’ dengan menekan butang Windows+R dan kemudiannya taip regedit… Pada Registry Editor, cari direktori HKEY_CLASSES_ROOT \ AllFilesystemObjects \ shellex \ ContextMenuHandlers seperti rajah di bawah…
2. Pada direktori ContextMenuHandlers, klik kanan dan cipta Key baru dan namakannya sebagai ‘Copy To‘…
3. Setelah menamakan Key tersebut, pergi ke tab sebelah kanan seperti rajah di atas dan dwi-klik string yang bernama default. Paparan seperti rajah di bawah akan muncul, dan kini anda letakkan Value data berikut: {C2FBB630-2971-11D1-A18C-00C04FD75D13}
4. Klik OK dan anda akan lihat paparan seperti di bawah terhasil…
5. Ulangi langkah 2 hingga 4 bagi Key ‘Move To‘ pula dan masukkan Value data berikut: {C2FBB631-2971-11D1-A18C-00C04FD75D13}
Selesai tutorial untuk kali ini… Anda bolehlah klik kanan pada mana² fail yang ingin disalin atau dipindahkan, dan anda akan lihat ada 2 fungsi baru kelihatan pada senarai yg ada… Sekian…
0 Response to "Masukkan ‘Copy To’ and ‘Move To’ Command"
Catat Ulasan