4G Wireless Broadband!

salam semua,

kepada yang belum tahu, sini aku nak bagitau kat korang semua yang malaysia dah ada 4G broadband tau.. kih kih kih...

Izzi : 4G Wireless Broadband!

izzi.jpg


Tak sangka plak aku, yang 4G broadband ni wujud kat malaysia. ingatkan 3G jerk.. ape2 pun congrate to izzi sbb berjaya meng"upgrade" teknologi malaysia setapak lagi ke hadapan. Tapi sejauh mana hebatnya 4G broadband ni?. Aku pun masih mencari-cari kelebihan dan kekurangannya kalau nak di compare dengan 3G broadband (maxis & celcom).

Serba sedikit cerita mengenai izziNet ni:-

iZZi di punyai oleh iZZinet sdn bhd dikatakan mempunyai kelajuan 1Mbps.
Secara teknikalnya ianya bukanlah betul-betul menawarkan perkhidmatan 4G.
“4G” yang digunakan dalam selogan iklan hanyalah gimik yang mana menggambarkan perkhidmatan broadband mereka yang laju seperti kelajuan 4G.Secara rasminya tiada lagi 4G, malah 3.5G pun masih baru dan hanya sesetengah negara maju sahaja yang sudah mempunyai perkhidmatan itu.

Pakej iZZione didatangkan dengan 4jenis pakej.iZZione dengan RM66 sebulan, iZZiyou dengan RM98 sebulan, iZZipro Rm118 sebulan dan iZZiteam RM180 sebulan.
Bagi Pakej iZZiyou pelanggan akan dibekalkan modem “4G” jenis USB dengan kontrak 12 bulan untuk bayaran mudah RM98.
Untuk info lebih lanjut berkenaan iZZi broadband buleh la lawat ke laman rasmi iZZinet di www.izzi.com.my


untuk maklumat lanjut korang boleh layari sendiri website ini

0 Response to "4G Wireless Broadband!"

powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme