Haram Menyambut Hari Ibu??

selamat hari ibu

Tatkala orang lain mengeluarkan post2 yang mengenang jasa ibu mereka, aku pulak bercakap pasal hukum. Huhu…bukannya apa, saja nak kongsi apa yang aku jumpa. Hanya sekadar pendapat, jangan kecoh-kecoh. Kita baca, kita fikir, kita kongsi.

Setiap negara yang menyambut HARI IBU berbeza-beza tujuannya. Sebagai contoh, masyarakat Yunani Purba merayakan Hari Ibu bertujuan untuk memuja ibu-ibu sebagai simbolik kepada Cybele, ibu dewa-dewi Yunani yang agung. Manakala di Rom Purba pula Hari Ibu disebut sebagai perayaan Montralia yang memperingati dewi Juno, dan ibul azimnya diberi hadiah pada hari ini. Malah di China, sesetengah rakyat China sedang mula memupuk Hari ibu sebagai memperingati Meng Mu, ibu kepada Mencius, tetapi masih belum menjadi perayaan rasmi kecuali di beberapa bandar sahaja.

Adakah menyambut HARI IBU bererti menyambut perayaan seperti yang disambut oleh masyarakat kuffar seperti di negara-negara lain?

Setelah meneliti dan membaca kembali sejarah dan kenyataan tentang Hari Ibu di dalam beberapa majalah, apa yang dapat disimpulkan adalah perayaan ini disambut mengikut tujuan dan sebab-sebab tertentu seperti yang dinyatakan di atas.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud;

Sesungguhnya setiap perbuatan itu disertakan dengan niat dan sesungguhnya setiap orang itu apa yang diniatkan. Barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasulnya, maka hijrahnya kerana Allah dan Rasulnya dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia atau kerana perempuan yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya kepada apa yang dihajatkannya. (Muttafaqun Alaih)

Pengajaran daripada hadis di atas, walaupun hijrah itu merupakan suatu perkara yang diperintahkan oleh Allah dan
melaksanakannya merupakan suatu ketaatan yang akan dibalas dengan pahala sekiranya dilakukan semata-mata
kerana Allah SWT dan seandainya dilakukan kerana niat selain kerana-Nya walaupun ianya perkara ketaatan namun
ianya tidak akan diganjari dengan pahala oleh Allah SWT.

Begitu juga keadaannya dengan sambutan Hari Ibu ini, seandainya dilakukan kerana mengagung-agungkan tuhan selain daripada Allah, maka ianya akan menyebabkan kekafiran yang nyata.

Di Malaysia, Hari Ibu disambut kerana merealisasikan pengiktirafan yang dinyatakan oleh Allah di dalam Al-Quran yang bermaksud;

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). [ Al-Isra’: 23]

dan

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan Aku (dalam ibadatmu) dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, maka janganlah engkau taat kepada mereka. kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan. [Al-Ankabut: 8]

Malah Nabi SAW juga bersabda yang bermaksud;

Telah bersabda rasulullah kepada seorang lelaki ketika ditanyakan kepada baginda : “Siapakah manusia yang paling layak aku berbuat kebaikan padanya? Rasulullah bekata : ibu kamu, kemudian siapa? Berkata rasululah : ibu kamu, kemudian siapa? Berkata rasulullah : ibu kamu, kemudian siapa? Ayah kamu.

Malah dengan menyambut hari ibu, secara tidak langsung dapat mengingatkan kepayahan dan jerih perit yang dilalui oleh ibu bapa untuk membesarkan dan mendidik anak mereka mengikut acuan yang sebenarnya. Memandangkan keadaan masyarakat Malaysia yang semakin teruk mengikut cara hidup barat yang keterlaluan, maka Hari Ibu merupakan cara yang terbaik untuk menyedarkan sebuah masyarakat yang alpa untuk beramal mengikut apa yang diajar oleh Al-Quran dan As-Sunnah.

Dengan menyambut Hari Ibu, kita dapat menggembirakan wanita-wanita yang bergelar ibu kerana perbuatan membuat baik kepada manusia adalah suatu perkara yang sangat dianjurkan oleh agama sepertimana yang disebut oleh Syeikh Siddiq Al-Minsyawi di dalam kitabnya Syarhu Al-Arbain An-Nawawiyah, apabila terdapat sesuatu perbuatan dan ianya diiringi dengan niat maka perbuatan itu dilakukan di atas 3 keadaan:

1. Amalan yang dilakukan kerana takut kepada Allah SWT.

2. Amalan yang dilakukan adalah semata-mata untuk mendapatkan ganjaran pahala dan syurga daripada Allah SWT.

3. Amalan yang dilakukan adalah kerana malu kepada Allah dan untuk melaksanakan tanggungjawabnya beribadatkepada Allah SWT.

Dakwah Kepada Non-Muslim.

Hari Ibu juga merupakan suatu medium dakwah yang sesuai terhadap golongan non-muslim di negara berbilang kaum seperti di Malaysia. Semua agama (tidak kira agama samawi ataupun agama ciptaan) bersepakat bahawa perbuatan memuliakan kedua ibu bapa merupakan suatu amalan yang akan mendapat ganjaran yang baik lebih-lebih lagi di dalam agama Islam.

Daripada Abi Abdul Rahman Abdullah Ibn berkata: Aku telah bertanya kepada Rasulullah SAW: Apakah amalah yang paling disukai oleh Allah SWT? Nabi menjawab: Solat pada waktunya. Aku bertanya lagi: Kemudian? Nabi menjawab: Berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Aku bertanya lagi: Kemudian? Nabi menjawab: Berjihad di jalan Allah. (Muttafaqun Alaihi)

Peluang Hari Ibu seharusnya kita gunakan untuk menjadikannya sebagai suatu wasilah dakwah kepada golongan nonmuslim. Islam meninggikan martabat wanita dengan menghalangnya daripada dibunuh dan ditanam hidup-hidup sepertimana yang berlaku di zaman Jahiliyyah. Di dalam agama Islam juga golongan wanita ditatang bagai minyak yang penuh, tidak dibenarkan untuk berpakaian yang menjolok mata, diperintah agar susuk tubuhnya ditutup daripada menjadi santapan manusia yang tidak berhak untuk menatapnya dan ini berlainan dengan apa yang berlaku di negaranegara BARAT.

Di barat, golongan wanita dilabel sebagai suatu ikon seks yang keterlaluan dan wanita juga diperagakan untuk
kepentingan individu. Ini tidak sepatutnya berlaku kerana setiap manusia yang dilahirkan oleh Allah SWT adalah suatu makhluk yang cukup dimuliakan oleh Allah SWT dengan beberapa kelebihan.

Allah berfirman di dalam Surah Al-Baqarah ayat ke-31;

Maksudnya: Dan ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu ia berfirman: “Terangkanlah kepada-Ku nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar”.

Al-Israa’ ayat 70;

Maksudnya: Dan Sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda. Yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka Dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk Yang telah Kami ciptakan.

Kesimpulannya menggembirakan para ibu dengan menyambut Hari Ibu adalah suatu perkara yang dianjurkan oleh
agama selagimana tidak berlebih-lebihan dan tidak menyambutnya dengan mengadakan perkara-perkara yang
berbentuk maksiat dan menyambut Hari Ibu untuk mengagung-agungkan Tuhan Ibu adalah perkara yang jelas
kekufurannya dan menyekutukan Allah adalah suatu dosa besar di sisi Allah SWT.

Maksudnya: Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut aturan Syariat-Nya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar.

Rujukan:

[1] Tafsir Al-Quran Al-Karim.

[2] Nuzhatul Muttaqin Syarah Riadhus Solihin [1/314]

[3] Syarhu Al-Arbain An-Nawawiyah

Sumber:

http://bkasm.org

1 Response to "Haram Menyambut Hari Ibu??"

  1. erie says:

    aku siap wat kenduri doa selamat lagi... ok la tu kot.. hehehe

powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme