Tetikus pertama di dunia
Wah.. siap pecah2 dah...



- Posted using BlogPress from my iPod
Mandi Itu Menakjubkan
Mandi Itu Menakjubkan
Mandi Itu Menakjubkan
Mandi Itu Menakjubkan
Mandi Itu Menakjubkan



KOTA KINABALU 7 Nov. - Sebuah pesawat Boeing 737-300 milik syarikat penerbangan AirAsia terbabas ketika melakukan pendaratan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu di sini petang ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 5.10 petang itu, dua juruterbangnya cedera ringan, namun semua 116 penumpang termasuk lima anak kapalnya bagaimanapun terselamat.
Mangsa yang cedera diberi rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Queen Elizabeth (QEH) di sini.
Gambar Tengok Kat Ikan Stim
Dalam insiden tersebut, pesawat penerbangan AK104 dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu itu terbabas di hujung landasan berikutan hujan lebat yang melanda sejak petang.
Berikutan kejadian itu juga, semua penerbangan keluar dan masuk di lapangan terbang tersebut ditunda buat sementara waktu.
Jurucakap keselamatan berkata, lima penerbangan yang dijadualkan berlepas dari Kota Kinabalu dibatalkan manakala pendaratan masuk dihalakan ke lapangan terbang berdekatan.
``Ini termasuk menghalakan pesawat supaya mendarat di Lapangan Terbang Sandakan dan Tawau,'' katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini hari ini.
Tinjauan Utusan Malaysia di tempat kejadian mendapati, roda hadapan pesawat itu patah manakala muncung pesawat rosak akibat terkena landasan.
Pesawat tersebut dilihat tersasar ke bahagian kiri landasan dengan keadaan bahagian hadapannya kelihatan menjunam ke landasan.
Sebanyak 30 petugas di lapangan terbang dikejarkan ke tempat kejadian dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat serta ambulans.
Kejadian itu berlaku kira-kira sejam selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mendarat di lapangan terbang tersebut untuk lawatan kerja setengah hari ke Kota Kinabalu.
Seorang penumpang yang hanya mahu dikenali sebagai Ziela berkata, ia merupakan pengalaman paling menakutkan di dalam dirinya.
``Saya sangka kami akan mati apabila seluruh pesawat bergoncang kuat sehingga pesawat itu berhenti di hujung landasan,'' katanya.
Seorang lagi penumpang, Raymond Dunker berkata, akibat kejadian itu seorang daripada tiga anaknya mengalami kecederaan di bahagian tangan kiri.
``Ketika mendarat, dia (anak) terjatuh di tepi pintu kecemasan menyebabkan tangannya tercedera. Dua lagi anak saya yang lain masih terperanjat dengan insiden tersebut,'' katanya.
Sementara itu seorang saksi, Theresa Chong berkata, beliau nampak pesawat tersebut mendarat dalam keadaan tidak stabil.
Katanya, sejurus selepas mendarat beliau yang berada tidak jauh dari tempat kejadian melihat asap putih keluar dari perut pesawat.
``Selepas itu pesawat tersebut membrek kecemasan dan menyebabkan keluar asap hitam sebelum terbabas,'' katanya.
Di KUALA LUMPUR, AirAsia dalam satu kenyataan berkata, akibat hujan lebat dan cuaca buruk, pesawat AirAsia yang menuju Kota Kinabalu dari Kuala Lumpur terbabas sedikit dari landasan ketika mendarat di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.
``Ketika keluar dari pesawat, dua daripada penumpang mengalami cedera ringan. Kakitangan AirAsia memberikan respons serta-merta dan penumpang berkenaan dihantar untuk mendapatkan rawatan,'' kata kenyataan itu.
Kenyataan itu juga memberitahu, semua penumpang lain selamat dan penerbangan AK 104 ketika itu membawa 110 penumpang, seorang bayi dan lima anak kapal.
Gambar Tengok Kat Ikan Stim

Dengan enjin V6 ni la aku akan ke pasar tani untuk menjual cili nanti



Dol (vokalis utama + pemain bass)

Al (gitaris + vokal)
El (pemain drum + vokal)

8GB64GB
Uh.. Ini dia bluebooth punya device dlm ipod touch

SEREMBAN - Tidak seperti murid Tahun Enam lain yang kegirangan ketika menerima keputusan cemerlang 5A Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Siti Amynur Ain Putri Rosdy (gambar kecil) terpaksa menempuh kesedihan semasa menerima keputusan itu di hadapan jenazah ibu.
Apabila keputusan UPSR diumumkan di pejabat Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Dusun Nyior di sini semalam, Siti Amynur Ain Putri berada di surau rumah rakyat Taman Dusun Nyior untuk membantu anggota keluarga yang lain menguruskan jenazah ibunya, Rusmah Abdullah, 47, yang meninggal dunia akibat tekanan darah rendah pada tengah malam Rabu selepas terlantar di wad hospital selama dua minggu.
![]() |
| |
Berderai air mata Siti Amynur Ain Putri dan anggota keluarga yang lain apabila guru besar sekolah itu, Noreha Adam menyampaikan keputusan ke tangan pelajar itu sendiri di hada- pan tubuh kaku ibunya beberapa minit sebelum solat jenazah dimulakan pada pukul 11.30 pagi kelmarin.
"Saya sedih sangat, ibu tidak dapat melihat keputusan ini. Ibu selalu berpesan semasa hidup bahawa saya ini harapan dia, ayah pula sudah meninggal dunia empat tahun lalu," katanya dalam linangan air mata.
Pelajar itu kini hidup yatim piatu bersama abangnya yang berusia 14 tahun.
Selepas ayahnya meninggal dunia akibat sakit tibi, ibu Siti Amynur Ain Putri bekerja sebagai tukang cuci di sebuah hotel bajet rendah di Serem- ban dengan pendapatan RM500 sebulan. - Bernama


Ni nama dia "hydromedusa" berasal dari Antartika.
Ini pulak kupu-kupu laut - Berasal dari Laut Weddell, Antartika
Yang korang mesti kenal; Nama dia "Sheldon" kalau dalam cerita spongebob. =)
Ikan ni nama dia "Flounder" kalau dalam laut rupa dia macam ni. Kalau dah kena tangkap ngan nelayan rupa dia lain pulak. nak tau klik [sini] ikan ni bleh di temui di lautan Hawaii.
Ini siput laut flamingo atau nama saintifik dia "Cyphoma gibbosum". Berasal dari Pulau "Grand Turk"
Aiseymen comelnya kuda laut ni, warna pink lagi. Ini adalah spesis kuda laut yang boleh di temui di lautah Indonesia. Nama dia "Denise's pygmy seahorse".
Ini yang terakhir sekali, penat dah menaip ni. Ini adalah "trunkfish" habitatnya di Pulau "Grand Turk"
