Hati-hati bila makan di McD

Salam,

Sebenarnya cam lawak pulak tengok photo ni. Boleh pulak tergoreng kepala sekali. Apa la punya kitchen crew, takkan kepala pn boleh tak perasan. Actually, perkara ni careless mistake je dan tak perlu pun di perbesarkan. Tapi, klo dah nak di perbesarkan kita kena besar-besarkan lah.. Heheh... Hopefully perkara begini tidak berlaku kat malaysia. Kalau berlaku jugak, confirm aku boikot McDonalds.




Salam Tulus Ikhlas,



Tetikus pertama di dunia

Pernah tak korang terfikir camner rupa mouse/tetikus yg pertama di dunia?? Di cipta oleh Hencek Douglas Engelbart pada tahun 1969. Nah, layan ye..

http://www.geekologie.com/2007/10/02/first-mouse-2.jpg
Wah.. siap pecah2 dah...



douglas engelbart first mouse invention

http://sloan.stanford.edu/MouseSite/Archive/patent/mouse2s.gif


- Posted using BlogPress from my iPod

Boeing 737 AirAsia terbabas di K. Kinabalu

KOTA KINABALU 7 Nov. - Sebuah pesawat Boeing 737-300 milik syarikat penerbangan AirAsia terbabas ketika melakukan pendaratan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu di sini petang ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.10 petang itu, dua juruterbangnya cedera ringan, namun semua 116 penumpang termasuk lima anak kapalnya bagaimanapun terselamat.

Mangsa yang cedera diberi rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Queen Elizabeth (QEH) di sini.

Gambar Tengok Kat Ikan Stim

Dalam insiden tersebut, pesawat penerbangan AK104 dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu itu terbabas di hujung landasan berikutan hujan lebat yang melanda sejak petang.

Berikutan kejadian itu juga, semua penerbangan keluar dan masuk di lapangan terbang tersebut ditunda buat sementara waktu.

Jurucakap keselamatan berkata, lima penerbangan yang dijadualkan berlepas dari Kota Kinabalu dibatalkan manakala pendaratan masuk dihalakan ke lapangan terbang berdekatan.

``Ini termasuk menghalakan pesawat supaya mendarat di Lapangan Terbang Sandakan dan Tawau,'' katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini hari ini.

Tinjauan Utusan Malaysia di tempat kejadian mendapati, roda hadapan pesawat itu patah manakala muncung pesawat rosak akibat terkena landasan.

Pesawat tersebut dilihat tersasar ke bahagian kiri landasan dengan keadaan bahagian hadapannya kelihatan menjunam ke landasan.

Sebanyak 30 petugas di lapangan terbang dikejarkan ke tempat kejadian dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat serta ambulans.

Kejadian itu berlaku kira-kira sejam selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mendarat di lapangan terbang tersebut untuk lawatan kerja setengah hari ke Kota Kinabalu.

Seorang penumpang yang hanya mahu dikenali sebagai Ziela berkata, ia merupakan pengalaman paling menakutkan di dalam dirinya.

``Saya sangka kami akan mati apabila seluruh pesawat bergoncang kuat sehingga pesawat itu berhenti di hujung landasan,'' katanya.

Seorang lagi penumpang, Raymond Dunker berkata, akibat kejadian itu seorang daripada tiga anaknya mengalami kecederaan di bahagian tangan kiri.

``Ketika mendarat, dia (anak) terjatuh di tepi pintu kecemasan menyebabkan tangannya tercedera. Dua lagi anak saya yang lain masih terperanjat dengan insiden tersebut,'' katanya.

Sementara itu seorang saksi, Theresa Chong berkata, beliau nampak pesawat tersebut mendarat dalam keadaan tidak stabil.

Katanya, sejurus selepas mendarat beliau yang berada tidak jauh dari tempat kejadian melihat asap putih keluar dari perut pesawat.

``Selepas itu pesawat tersebut membrek kecemasan dan menyebabkan keluar asap hitam sebelum terbabas,'' katanya.

Di KUALA LUMPUR, AirAsia dalam satu kenyataan berkata, akibat hujan lebat dan cuaca buruk, pesawat AirAsia yang menuju Kota Kinabalu dari Kuala Lumpur terbabas sedikit dari landasan ketika mendarat di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

``Ketika keluar dari pesawat, dua daripada penumpang mengalami cedera ringan. Kakitangan AirAsia memberikan respons serta-merta dan penumpang berkenaan dihantar untuk mendapatkan rawatan,'' kata kenyataan itu.

Kenyataan itu juga memberitahu, semua penumpang lain selamat dan penerbangan AK 104 ketika itu membawa 110 penumpang, seorang bayi dan lima anak kapal.

Gambar Tengok Kat Ikan Stim

Sumber : http://utusan.com.my

Ban Nike Product

Ni dah kira main kasar ni. Itu pun ada lagi umat islam yang masih support Nike. Tak tau la nak wat cam ne lagi. Moh la kita boikot produk yang menghina islam. Tulisan dia memang nampak cam tulisan biasa tapi apa maksud tulisan tu?. Tak kan nama ALLAH nak boh kat kaki kot.


Complaint la kalau berani!!

Kalau rasa tak puas hati sangat complaint la, tapi ambil nombor dulu yer. Ikut giliran OK…


Kereta Idaman

Sejak mula di perkenalkan oleh hencek mazda pada tahun 2005 dulu aku start minat ngan kereta ni. Tapi apakan daya Gen2 je yang termampu. Namun, suatu hari nanti akanku rembat duit bapakku untuk beli mazda 6 ini untuk ke pasar tani.


Dengan enjin V6 ni la aku akan ke pasar tani untuk menjual cili nanti



Untuk maklumat lanjut layari : mazda6
Apa kereta impian korang?
Ferarri? Roll Royce? Bugatti Veyron??
Uh.. Ok... Kita tengok sapa dapat beli kereta idaman dulu.

Tak De Posting Ke Hari Ni?

Adoi, penatnya la hari ni. kerja pun banyak, sampai tak menyempatkan nak posting ape-ape. Neway, supaya korang tetap berkunjung kat sini. Aku nak kongsi ngan korang 1 link mp3 yang aku ade dalam koleksi aku sekarang ni.

Sebelum tu kita berkenalan dengan band dia dulu.


Sape kenal 3 budak yang pakai baju the godfather ni??

Kalau korang nak tahu ini la dia band the lucky laki. The Lucky Laki adalah sebuah band yang dianggotai oleh anak2 gitaris Dewa19 iaitu Ahmad Dhani. The Lucky Laki popular dengan lagu mereka yang berjudul “Bukan Superman”. Lagu ini dicipta sendiri oleh Ahmad Dhani untuk anak-anaknya. Ini Link Dia kalau nak download. Kalau tak nak download nak tgk video klip dia scroll ke bawah yerk. Jangan lupe komen dan tinggalkan tapak kaki kat monitor korang yerk. ehehe


Dol (vokalis utama + pemain bass)


Al (gitaris + vokal)

El (pemain drum + vokal)






Salam Tulus Ikhlas,



fasha sanda smoking??




tahap kebenarannya aku tak jamin. Tapi sendiri mau hengat la

Salam Tulus Ikhlas,



Ada Apa Dengan Ipod Touch

Ipod Touch sekarang dah keluarkan generasi kedua di mana harga pasaran dari RM 779. Memang membuatkan hatiku panas je untuk memilikinya. Namun apakan daya birthdayku bulan depan. So, bagi donator untuk birthdayku macam biasa permintaanku adalah Ipod Touch 2G.


Ape yang best sangat Ipod Touch ni?

iPod touch boleh buat korang rasa best gile tau. Bukan sahaja untuk dengar MP3, namun dengan ipod touch ni korang boleh menonton movie, main game, surf internet dan macam-macam lagi lah.

Ipod Touch ni ada 3 saiz, 8GB, 32GB dan 64GB


8GB iPod touch8GB
1,750 songs
10 hours of video
RM 779.00

32GB
7,000 songs
40 hours of video
RM 1,199.00

64GB
14,000 songs
80 hours of video
RM 1,599.00



Sumber : http://www.apple.com/my/

Bukan senang tau nak ada gadget macam ni. Melainkan dari hadiah birthday. Hehehe.. Ipod Touch ni ada built-in wi-fi, so kita boleh online kat mana-mana yang ada sediakan service hotspot. So, nanti boleh la update blog kat kopitiam jer.

Kalau korang peminat game, memang sesuai la ipod touch ni sebab gadget ni dah ada build-in accelerometer, Multi-Touch, Wi-Fi, and Bluetooth. Jadi, keseronokan memiliki ipod touch ni sememangnya tiada penghujung.


Uh.. Ini dia bluebooth punya device dlm ipod touch


Sekian review dari saya mengenai ipod touch 2G. Untuk pengetahuan korang birthdayku pada 29 Disember. So, tinggal beberapa hari je lagi ni.. prepare la ape yang patut ye.. hehehe

Salam Tulus Ikhlas,



Dapat Slip 5A Depan Jenazah Ibu

Uh.. Tidak dapat di bayangkan perasaan budak ni. Kepada Siti Amynur Ain Putri Rosdy, harap tabah hadapi dugaan Allah.


SITI AMYNUR AIN PUTRI (tengah) mengaminkan doa yang dibacakan guru agama SK Taman Dusun Nyior, Zakri Abdul Azizi (kiri) di pusara ibunya di tanah perkuburan Makam Tuan Haji Said, Seremban semalam.


SEREMBAN - Tidak seperti murid Tahun Enam lain yang kegirangan ketika menerima keputusan cemerlang 5A Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Siti Amynur Ain Putri Rosdy (gambar kecil) terpaksa menempuh kesedihan semasa menerima keputusan itu di hadapan jenazah ibu.

Apabila keputusan UPSR diumumkan di pejabat Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Dusun Nyior di sini semalam, Siti Amynur Ain Putri berada di surau rumah rakyat Taman Dusun Nyior untuk membantu anggota keluarga yang lain menguruskan jenazah ibunya, Rusmah Abdullah, 47, yang meninggal dunia akibat tekanan darah rendah pada tengah malam Rabu selepas terlantar di wad hospital selama dua minggu.




Berderai air mata Siti Amynur Ain Putri dan anggota keluarga yang lain apabila guru besar sekolah itu, Noreha Adam menyampaikan keputusan ke tangan pelajar itu sendiri di hada- pan tubuh kaku ibunya beberapa minit sebelum solat jenazah dimulakan pada pukul 11.30 pagi kelmarin.

"Saya sedih sangat, ibu tidak dapat melihat keputusan ini. Ibu selalu berpesan semasa hidup bahawa saya ini harapan dia, ayah pula sudah meninggal dunia empat tahun lalu," katanya dalam linangan air mata.

Pelajar itu kini hidup yatim piatu bersama abangnya yang berusia 14 tahun.

Selepas ayahnya meninggal dunia akibat sakit tibi, ibu Siti Amynur Ain Putri bekerja sebagai tukang cuci di sebuah hotel bajet rendah di Serem- ban dengan pendapatan RM500 sebulan. - Bernama



Sumber : kosmo!


Al-Fatihah
alfatihah

Salam Tulus Ikhlas,

Hidupan Laut Unik Dan Menarik

Mesti korang tak pernah tengok hidupan laut secara live kan. Sama la kita. Heheh Sini benangkasar sajikan kehidupan laut yang sememangnya awesome lah. Di harap korang semua dapatlah tinggalkan sepatah dua kata lepas habis baca entry ni ye.


Ni nama dia "hydromedusa" berasal dari Antartika.

Ini pulak kupu-kupu laut - Berasal dari Laut Weddell, Antartika

Yang korang mesti kenal; Nama dia "Sheldon" kalau dalam cerita spongebob. =)
Ini lah dia zooplankton juga boleh di jumpai di Laut Weddell, Antartika.


Ikan ni nama dia "Flounder" kalau dalam laut rupa dia macam ni. Kalau dah kena tangkap ngan nelayan rupa dia lain pulak. nak tau klik [sini] ikan ni bleh di temui di lautan Hawaii.

Ini siput laut flamingo atau nama saintifik dia "Cyphoma gibbosum". Berasal dari Pulau "Grand Turk"

Aiseymen comelnya kuda laut ni, warna pink lagi. Ini adalah spesis kuda laut yang boleh di temui di lautah Indonesia. Nama dia "Denise's pygmy seahorse".

Ini yang terakhir sekali, penat dah menaip ni. Ini adalah "trunkfish" habitatnya di Pulau "Grand Turk"


Salam Tulus Ikhlas,



Kanser Ovari Pembunuh Nombor Tiga Wanita

Beberapa hari yang lepas aku di kejutkan dengan berita kurang sedap mengenai nenek. Nenek menghidap kanser ovari. Aku pun cari la sedikit pengetahuan untuk di kongsi dengan semua pembaca setia benangkasar. Doakan agar nenek kuat menghadapi dugaan ALLAH.

Kanser ovari adalah salah satu kanser reproduktif wanita yang paling merbahaya dan sukar dirawat. Kanser ovari adalah kanser organ reproduktif yang ketiga paling kerap berlaku di negara kita. Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh ”Malaysian National Cancer Registry 2003”, sejumlah 498 kes kanser ovari telah dilapurkan di Semenanjung Malaysia dan jumlah sebenar kes kanser ovari di Malaysia sebenarnya jauh lebih besar dari angka ini. Di antara kanser organ reproduktif wanita, kanser ovari merupakan kanser yang paling sukar dikesan dan mempunyai kadar kematian yang tinggi. Ini disebabkan oleh kesukaran mengesan kanser ini pada peringkat awal dan tidak ada kaedah pencegahan yang berkesan. Pesakit sering datang lewat untuk menerima rawatan dan pada ketika itu rawatan adalah sukar dan kurang berkesan.

Epidemiologi kanser ovari

Siapa ?
Satu daripada 70 orang wanita akan menghidap kanser ovari dalam seumur hidupnya; Jika dia mempunyai penurunan genetik predisposisi, statistik menunjukkan satu daripada dua orang wanita tersebut akan menghidap kanser ini.


Frekuensi ?
Kanser ovari adalah kanser wanita keempat yang paling umum. Ia 6 kali kurang umum dari kanser payudara. Ia berlaku lebih ketara antara wanita berbangsa putih. Wanita Asia kurang menghidap kanser ovari dibanding dengan bangsa Amerika.


Age ?
Purata umur kejadian adalah 59; bagi wanita yang mewarisi genetik predisposisi umur kejadian adalah 49. Ia juga berlaku pada wanita muda (20-30).


Faktor risiko ?
• Ovulasi adalah risiko utama :
- peningkatan umur;
- ovulasi untuk wanita yang pernah mengandung beberapa kali.


• Khasiat: kaitan antara lemak dan protin haiwan, dan juga peningkatan berat badan berlebihan.

Faktor Pelindung ?
- Keadaan di mana ovulasi mengurang (kehamilan berganda, penyusuan, kontraseptif oral).


- Diet yang kaya dengan sayur-sayuran (terutamanya beta-karotin).

Ovarian cancer metastasis



Rawatan Kanser Ovari

Ovari adalah organ yang berkedudukan di dalam badan, biasanya kanser ini merebak ke abdomen tanpa simpton; keputusannya biasa lewat untuk dirawati :

75% daripada kanser ini dirawati pada peringkat lewat. Oleh demikian, langkah pencegahan yang efektif mesti dilakukan awal sebelum tanda klinikal ditunjukkan. Bila kadar terselamat dalam masa lima tahun adalah 30%, kadar terselamat untuk peringkat III dan IV adalah hanya 10%. Kadar terselamat sebanyak 90% mungkin diperolehi bagi pesakit yang mendapat pengesanan awal terbatas ke ovari saja.

Simptom: sakit pada pelvik-abdomen, bengkak pada abdomen, pendarahan bukan haid. Kanser ovari biasanya berkait dengan kanser lain dimana pengesanan perlu dibuat serentak: payudara, kolon, endometrium, servik.

Cara Rawatan:

ultrasound: ultrasound pelvik dan endovaginal; Ultrasound Doppler.

MRI :sensitiviti tisu menyempurnakan delimitasi anatomik tumor dan lokasi yang berkait dengan pundi kencing, rektum dan ke dinding pelvik.

Petanda tumor (ujian darah): CA125: kadar 35 U/l; paras ini BUKAN untuk perbandingan bilangan tumor dan perkembangan penyakit, sebab pemecahan petanda oleh tumor adalah berbeza. Peningkatan berganda paras CA125 di dalam serum dinasihat menjalani ujian fizikal, transvaginal sonografi dan CT scan.

AFP dan BHCG: diguna untuk mengesan tumor ovari germinals.

CA19-9 dan CEA : boleh diguna ke atas tumor musinous, apabila tiada bacaan CA125 didapati.

Surgeri: eksploratori endoskopi, eksploratori laparotomi.

Rawatan kanser ovari

Surgeri: penting dalam rawatan (peringkat penilaian merebaknya di abdomen), dan sesuai untuk pembuangan tumor.

Kemoterapi: permulaan kemoterapi adalah satu polikemoterapi.

Radioterapi: tidak membantu pada jenis kanser ini. Pergabungan antara radio/kemoterapi tidak membantu dalam kanser ovari,walaupun ia sangat berguna kepada kanser jenis lain.

Pengawasan dan rawatan berkala: bertujuan untuk pengesanan awal kemungkinan penimbulan semula kanser yang tidak dapat dielakkan; dan juga penilaian efikasi rawatan yang diikuti. Paras CA125 sangat penting; selepas pembedahan pembuangan tumor ovari, ukuran paras CA125 dibuat pada hari ke 5; jangka masa ini didapati berkait dengan searuh-hidup petanda.Jika paras tidak kembali ke normal penumbuhan tumor disyaki; bagaimanapun, bacaan normal tidak menunjukkan tiadanya penumbuhan tisu tumor; bergantung kepada pusat perubatan, sebanyak 15% pesakit perlu dibedah semula selepas surgeri permulaan yang tidak lengkap.

Peningkatan CA125 pada peringkat penimbulan semula memberi isyarat awal beberapa bulan sebelum rawatan klinikal: dinasihat menjalani ujian CA125 setiap 3 bulan semasa tahun pertama, kemudian setiap 6 bulan.

Peningkatan CA125 bermakna pengesanan lanjutan dengan ultrasound dan imunosintigrafi perlu dilakukan untuk mengesan penimbulan semula.

PENCEGAHAN kanser ovari , PENGESANAN kanser ovari adalah perlu:

Pengesanan awal tumor ini menyelamatkan pesakit. semua wanita (faktor risiko 1.4%) perlu menjalani pemeriksaan ginekologikal sekali setiap tahun; dalam kes mewarisi sindrom kanser ovari (faktor risiko 40%), anda perlu menjalani: pemeriksaan klinikal tahunan, ujian petanda tumor dan ultrasound pelvik. Penyata sependapat NIH mengesyorkan (2002 Laboratory Medicine Practice Guidelines) wanita ini perlu menjalani sekurang-kurangnya pemeriksaan pelvik rektovaginal tahunan dan trasvaginal sonografi dengan mengambil bacaan CA125.


pengunaan petanda tumor dapat membantu dalam pengesanan kanser ovari dan penimbulan semula kanser ini: untuk mengesan kanser ini CA125 bersama CEA diperlukan, jika CA19-9, AFP dan BHCG boleh didapati ia lagi berkesan.


Wanita yang sudah putus haid, CA-125 diguna untuk rawatan tumor jinak dan ganas pelvik. Peningkatan nilai pada wanita yang sudah putus haid yang mempunyai ketumbuhan pelvik perlu dirujuk kepada pakar bedah abdomen, sampel nodus, omentektomi dan pembedahan sitoreduktif.


CA125,CA19-9,AFP dan BHCG adalah sebahagian dari ujian Biomarkers C12.


sumber : http://ubatsaya.blogspot.com





Salam Tulus Ikhlas,

Biri-Biri Merah

Tak tahu la pulak ada biri-biri cap air kelantan ni.



Sebenarnya biri-biri adalah berasal dari biri-biri biasa. Di sebabkan oleh biri-biri ni di lepas tanpa penjagaan tuannya, Tuan kepada biri-biri merah ni mewarna biri-biri mereka supaya mudah di kenalpasti. Ini sudah menjadi tradisi kepada penternak biri-biri di Ireland dan Scotland






Tambah satu lagi,






Salam Tulus Ikhlas,





5 Perkara Yang Tak Patut Berlaku Semasa Tidur



1. Jangan tidur bersama jam tangan.
Jam tangan boleh mengeluarkan radioaktif. Walaupun jumlahnya tidak banyak, sedikit sebanyak ia boleh mengganggu kesihatan anda.


2. Jangan tidur dengan telefon bimbit.
Meletakkan telefon bimbit bersebelahan anda ketika tidur adalah tidak digalakkan. Walaupun ada diantara kita menggunakannya sebagai alat penggera. Para saintis telah membuktikan bahawa alatan elektrik dan elektronik termasuk telefon bimbit akan mengeluarkan sejenis gelombang yang tidak elok untuk kesihatan.


3. Jangan tidur dengan mekap yang masih melekat.
Jika anda biasa tidur tanpa mencuci solekan muka atau dimana-mana tempat di bahagian kulit, ia boleh mengakibatkan masalah kulit untuk jangka masa panjang. Solekan yang tidak dicuci boleh menghalang kulit daripada bernafas dan mendapat pengaliran udara yang sepatutnya. Anda juga akan mengambil masa yang lama untuk mendapatkan tidur yang lena.


4. Jangan tidur dengan coli/bra
Bagi perempuan pula, anda tidak digalakkan tidur dengan memakai bra kerana ia dikhuatiri menyebabkan barah payudara melalui kajian yang dijalankan oleh saintis Amerika. Memakai bra melebihi 12 jam adalah berisiko.


5. Jangan tidur dengan suami orang atau bini orang
Ini merupakan perkara yang paling tidak patut anda lakukan kerana anda dikhuatiri tidak akan bangun lagi sampai bila-bila jika suami/isteri "sleeping partner" anda itu dapat tahu hal sebenar.



Pengumuman : hanya balaks handsome dan aweks cantik sahaja di benarkan comment. Kalau rasa diri tu sebahagian dari golongan tersebut cepat-cepat comment sebelum kecantikkan dan kehenseman tu kena tarik bali.. Hehehe

Salam Tulus Ikhlas,





powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme